Friday, December 28, 2012

Satu penghinaan kepada rakyat Kelantan....

 Negeri Kelantan terus dipijak maruahnya apabila kerajaan pusat terus-menerus"memberitahu" rakyat dengan cara cukup mengaibkan rakyat Kelantan.

Gambar ini menjadi bukti penghinaan dari Kerajaan Pusat terhadap rakyat negeri Kelantan.Kenapa apa-apa projek pusat di label "Sumbangan"?

Pemberian sumbangan bermakna negeri Kelantan  tidak layak menerima projek pembangunan dari persekutuan sekiranya wakil kerajaan tidak mengizinkan.
Bangunan ini dibina untuk kemudahan rakyat tetapi melalui sumbangan dari kerajaan pusat.

Kerajaan persekutuan seolah-olah ingin memberitahu rakyat bahawasanya negeri Kelantan yang diperintah oleh Ahli Dewan undangan Negeri(ADUN) dikalangan orang parti PAS gagal.

Dimanakah sebenarnya keikhlasan wakil rakyat dari UMNO dalam melaksanakan amanah rakyat?

Jika dahulu,setiap label projek baru ditulis Projek Kerajaan Barisan Nasional kini perkataan sumbangan pula digunakan.Apakah Kelantan ini hanya berhak terima sumbangan sahaja?

Dengan cara ini,pembinaanya hanya untuk dilihat baik di mata rakyat serta menyatakan secara sinis bahawa Kelantan sangat miskin walaupun hasil minyaknya dirampas.

Jika anda seorang yang pernah belajar agama semestinya anda faham perumpamaan ini "Memberi orang tak tahu sebaik-baik ke ikhlasan dari hati".Anda boleh nilai dengan baik.'

No comments:

Post a Comment