Thursday, April 18, 2013

Ceramah politik Pas tiada sambutan.......................

Ni gambar masa pukul 9mlm....memang ler xramai lg yg datang...


Calon di DUN Bunut Payung yg merupakan seorang doktor di klinik Ikhtiar Wakaf Che Yeh

 Muhammad Sabu @ mesra dipanggil Abe Mat menyatakan satu skim baru akan dilaksanakan apabila PR berjaya menawan Putrajaya iaitu golongan suri rumah yang tidak bekerja kerajaan akan memberi caruman sebanyak RM50 manakala suami akan mencarum RM10 setiap bulan menjadikan jumlah RM60 setiap caruman.Ini bagi menjamin masa depan wanita yang jodoh mereka tidak panjang.Wang hasil caruman ini akan dibayar bersama dengan kadar keuntung."Idea ini tidak sempat ditiru oleh UMNO/BN".Katanya
Sokongan dari masyarakat Tiong Hwa di Kota Bharu









Wednesday, April 17, 2013

CEO Maybank & CEO CIMB tidak sensitif dalam membuat kenyataan media di musim pilihanraya umum






CEO Maybank Abdul Wahid Omar

CEO Maybank telah membuat satu kesilapan besar dalam membuat kenyataan dalam temu bual dengan wartawan TV3.Dalam kenyataan tersebut,beliau seolah-olah memberi kenyataan yang memihak kepada BN untuk terus memacu ekonomi negara.

Kenyataan beliau itu disiarkan menerusi berita TV3 ketika ditemuramah oleh wartawan pada 16/4/13(Selasa).Sebagai seorang CEO bank swasta beliau tidak seharusnya membuat kenyataan sebegitu demi menjaga perasaan pelangganya yang juga terdiri daripada penyokong kedua-dua belah parti politik.




CEO CIMB Datuk Nazir Razak

Hari ini 17/4/13(Rabu) CEO CIMB pula membuat kenyataan yang lebih mesra BN dengan menggambarkan transformasi ekonomi hanya mampu dilakukan oleh BN.

Tanpa memikirkan baik buruk kepada syarikat mereka seolah-olah tidak memikirkan sensitiviti pelangganya yang menyokong pembangkang apabila membuat kenyataan berunsur politik sebelah pihak.Kenyatan mereka ini adalah merupakan satu "promo" untuk membantu BN mengekalkan kuasa.

Sekiranya para pelanggan mereka yang menyokong pembangkang terasa terguris dengan kenyataan mereka ini kedua-dua syarikat perbankan ini bakal terjejas perniagaanya.Pelanggan mereka boleh menarik simpanan dalam akaun dengan memindahkan ke perbankan yang lain.Kewangan mereka akan terjejas sekiranya ramai yang berbuat demikian.

Berhati-hatilah membuat kenyataan yang berpihak kepada sebelah pihak di musim pilihan raya umum.Lebih-lebih lagi bercakap atas kapasiti syarikat..Jika kenyataan peribadi tanpa kapasiti syarikat silakan tiada siapa terjejas atau kecil hati dengan anda..






Tuesday, March 19, 2013

Gambar sekitar majlis pecah tanah perumahan rakyat di Kota Bharu



 I LOVE PM...sepanduk ini boleh digunakan untuk bakal PM selepas PRU13 nanti.Adakah Dato' Seri Najib @ Dato' Seri Anwar Ibrahim?







 Jika bukan kerana ingin mendapatkan borang permohonan perumahan rakyat apakah sambutanya begini?






Monday, March 18, 2013

Makanan yang meragukan

 Tiada logo halal JAKIM tapi berlambak di pasaran.
 Makanan ni ada logo halal tapi bukan logo halal JAKIM.
Ada kandungan gelatin tapi dari unsur halal ke haram.
 Makanan ini ada logo halal Thailand apakah pihak JAKIM membenarkan logo halal selain dari logo halal JAKIM.
Tulisan 100% bukan produk keluaran negara kita.Apakah barang makanan ini telah lulus untuk dipasarkan di negara kita atau peniaga meningportnya secara haram.

Mohon pemeriksaan dan penguatkuasaan JAKIM bertindak segera sebelum terlambat.Produk ini ada di jual di supermarket,Cameron Highland dan merata tempat..