Wednesday, April 17, 2013

CEO Maybank & CEO CIMB tidak sensitif dalam membuat kenyataan media di musim pilihanraya umum






CEO Maybank Abdul Wahid Omar

CEO Maybank telah membuat satu kesilapan besar dalam membuat kenyataan dalam temu bual dengan wartawan TV3.Dalam kenyataan tersebut,beliau seolah-olah memberi kenyataan yang memihak kepada BN untuk terus memacu ekonomi negara.

Kenyataan beliau itu disiarkan menerusi berita TV3 ketika ditemuramah oleh wartawan pada 16/4/13(Selasa).Sebagai seorang CEO bank swasta beliau tidak seharusnya membuat kenyataan sebegitu demi menjaga perasaan pelangganya yang juga terdiri daripada penyokong kedua-dua belah parti politik.




CEO CIMB Datuk Nazir Razak

Hari ini 17/4/13(Rabu) CEO CIMB pula membuat kenyataan yang lebih mesra BN dengan menggambarkan transformasi ekonomi hanya mampu dilakukan oleh BN.

Tanpa memikirkan baik buruk kepada syarikat mereka seolah-olah tidak memikirkan sensitiviti pelangganya yang menyokong pembangkang apabila membuat kenyataan berunsur politik sebelah pihak.Kenyatan mereka ini adalah merupakan satu "promo" untuk membantu BN mengekalkan kuasa.

Sekiranya para pelanggan mereka yang menyokong pembangkang terasa terguris dengan kenyataan mereka ini kedua-dua syarikat perbankan ini bakal terjejas perniagaanya.Pelanggan mereka boleh menarik simpanan dalam akaun dengan memindahkan ke perbankan yang lain.Kewangan mereka akan terjejas sekiranya ramai yang berbuat demikian.

Berhati-hatilah membuat kenyataan yang berpihak kepada sebelah pihak di musim pilihan raya umum.Lebih-lebih lagi bercakap atas kapasiti syarikat..Jika kenyataan peribadi tanpa kapasiti syarikat silakan tiada siapa terjejas atau kecil hati dengan anda..






No comments:

Post a Comment