Friday, October 21, 2011

Dari luahan seorang agen pemasaran...Belalah kami juga...

Wakil pemasaran
Wakil pemasaran
Seseorang memerlukan pekerjaan bagi menperolehi pendapatan bagi menyara kehidupan baik untuk keperluan sendiri mahupun keluarga.Rata-ratanya akan memilih pekerjaan yang sesuai bagi menjamin keselesaan untuk bekerja malah faktor gaji juga memainkan peranan mereka yang memilih kerja.Begitu juga  Amri (Gambar kiri  depan) yang memilih untuk mencari rezeki dalam bidang jualan atau lebih dikenali sebagai agen pemasaran kepada syarikat Telekomunikasi.Berumur 35 tahun berasal dari Kelantan dan masih bujang beliau merupakan seorang yang gigih dalam bidang ini dan amat tekun berusaha.Dengan pengalaman menjangkau 4 tahun menceburi bidang ini sebagai satu pekerjaan tetap. Sebelum menjadi wakil pemasaran bagi syarikat telekomunikasi beliau terlebih dahulu menjadi wakil produk insuran kepada bank
di Malaysia.Walaupun telah menjadi
wakil pemasaran kepada syarikat telekomunikasi yang sah beliau tetap aktif
dengan produk insurannya.

 Seorang lagi rakan baik Amri yang dikenali sebagai Razali  berumur 38 tahun berasal dari Kelatan juga masih bujang mengambil peluang menjadi wakil pemasaran syarikat  produk Telekomunikasi.Sebelum menceburi bidang ini beliau pernah menjadi guru sandaran di sebuah sekolah selama 2 tahun.Mempunyai kelulusan Higher Diploma dalam bidang elektronik ini pernah bekerja di sebuah syarikat elekronik.Beliau lebih gemar untuk bekerja sendiri tanpa ada pengawasan dari orang lain.Inilah yang membuatkan beliau begitu fokus dengan kerjaya sebagai agen pemasaran. 





Menurut Amri pengalaman beliau dalam bidang pemasaran ini agak mencabar kerana berdepan pelbagai karenah pelanggan.Selain itu, pandangan masyarakat juga kadang kala mencabar mereka membuat promosi.Masyarakat selalunya menganggap mereka sebagai agen jualan lansung lantas kedatangan mereka tidak disenangi oleh masyarakat.Selalunya promosi dari rumah ke rumah atau pejabat ke pejabat lebih berhasil tetapi mengikut keadaan dan waktu tertentu kerana terdapat waktu tertentu yang sesuai untuk berkunjung ke rumah atau pejabat.Selain cabaran itu mereka juga berdepan cabaran luaran apabila kawasan tertentu tiada perkhidmatan disebabkan kecurian talian telefon.Inilah situasi yang terpaksa mereka lalui dalam mencari rezeki sebagai agen jualan.




Bagi  mereka, bantuan dari syarikat amat diperlukan bagi membantu
meringankan kos mereka serta beberapa kemudahan perlu disediakan bagi memudahkan mereka mencari pelanggan.Sebagai "independent" agen pemasaran yang tidak bersyarikat mereka tidak mempunyai logistik yang cukup untuk tujuan promosi.Apa yang diharapkan syarikat telekominikasi mengeluarkan satu inisiatif untuk tujuan membantu mereka yang telah lama membantu syarikat mencapai target dan seolah-olah agen ini adalah sebagai orang yang mencari hasil untuk membayar gaji staf syarikat.Dengan ini syarikat perlu melihat kepentingan ini demi masa depan syarikat.Kata mereka,"kami bekerja tanpa ada sebarang perlindungan dan perlu menanggung risiko sendiri jika menghadapi musibah semasa menjalankan promosi.




Mereka juga mencadangkan persatuan agen perlu diwujud sebagamana wujudnya persatuan pekerja yang akan menjadi jururunding anatara pekerja dengan majikan.Begitu juga halnya bagi mereka yang memerlukan persatuan bagi tujuan rundingan dengan syarikat terbabit.Ini untuk memastikan situasi menang-menang dapat duwujudkan.Selain itu mereka mencadangkan agar perlindungan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) diwujudkan untuk mereka dengan menetapkan kadar yang berpatutan.Menurut mereka lagi pendapatan mereka kadang kali lumayan berbanding mereka yang bekerja tetapi tidak menentu dan bergantung kepada keadaan pasaran dan juga situasi ekonomi negara.Jika ini dapat direalisasikan nescaya kebajikan mereka dihari tua terbela.Dengan diakhiri satu ayat yang cukup menyentuh perasaan iaitu..."Jangan lupakan kami yang juga menyumbang kepada pendapatan negara".

Sunday, September 25, 2011

Media Perdana lukakan hati penonton pembangkang...

Hudud kembali menjadi isu di antara BN dan PR.Jika mengikuti media arus perdana mereka seolah-olah memjadi batu api kepada kepimpinan pakatan rakyat.Untuk sejarah televisyen hanya mewarwarkan ucapan pemimpin pakatan atau hanya menyiarkan apa yang dikata isu bagi tujuan mengapikan pakatan pembangkang terutama pemimpin utama mereka.Dalam isu terbaru hudud media melaporkan bahawa Tuan Guru Dato' Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menyatakan pendirian bahawa negeri Kelantan tetap akan melaksanakan Hudud walaupun mendapat tentangan mana-mana pihak termasuk DAP.Namun tiada ucapan lengkap TGNA melibatkan petikan rakaman ucapan TGNA dalam isu tersebut semasa petikan video tnpa suara TGNA disiarkan.Setelah tercetusnya isu ini,media dengan pantas membuat sidang media bersama Karpal Singh yang menyatakan pendirian keras beliau terhadap  pelaksanaan Hudud sambil menyifatkan TGNA sebagai orang tua yang mahukan pablisiti.Apakah Karpal ingat dia tidak cukup tua malah lebih popular dari TGNA?Walauapapun ini yang memperlihatkan mainan politik UMNO dan BN dengan tujuan meredakan isu-isu tertentu bagi masyarakat terutama dalam isu sejarah Malaysia yang nampak ketara kesilapannya.Di dalam beberapa hari ini kita pasti akan mendengar ucapan dari mereka yang menyokong atau menentang isu hudud ini baik menyatakan sokongan kepada TGNA mahu pun membuat kritikan pedas bagi menyatakan bahawa TGNA dan pepimpin tertinggi tertentu didalam PAS tidak sehaluan.Ini kerana didalam muktamar PAS yang lepas negara kebajikan menjadi pejuangan PAS dan mengenepikan Hudud yang selamanya ini menjadi isu utama PAS.Oleh itu,kepada mereka yang cerdik dan tidak terburu-buru tentang laporan media perdana akan dapat menilai maksud sebenar isu yang di mainkan,siapa dalangnya dan apa tujuan mereka..Jadi berfikirlah anda dengan kebijaksanaan,dan jangan menganggok dalam kebodohan...Inilah yang menunjukkan bahawa media perdana memberi layanan yang tidak adil kepada peminatnya yang ada dikalangan mereka penyokong parti pembangkang.Apakah sebahagian penonton ini tidak menyumbangkan keuntungan kepada syarikat mereka?Atau mereka lansung tidak melanggan atau menonton siaran media perdana.Inilah sifat tidak ambil peduli oleh media perdana kita selama ini.Mereka bernasib bail kerana rakyat Malaysia sungguh disiplin walaupun hati "terbakar" mendengar berita atau laporan yang berat sebelah.Double Standard inilah yang meletakkan media perdana kita dibawah "tapak kaki" rakyat yang cerdik pandai. Mereka mungkin belum menerima akibat dari ketidakadilan yang mereka lakukan terhadap penonton mereka di kalangan penyokong pembangkan.Jangan hanya membenarkan satu pihak sahaja yang bersuara sedangkan satu pihak lagi tiada ruang membela diri.Ini lah yang rakyat yang cerdik pandai mahukan.Amalan media yang berat sebelah akan terus di pijak rakyat sehingga media kembali menjadi saluran informasi yang adil dan telus.Ingatlah keuntungan syarikat anda juga disumbangkang oleh penyokong pembangkang.. 

Wednesday, September 7, 2011

Kerajaan meruncitkan kepentingan awam..


Sejarah kita perlu di kaji semula...

Kita belajar tentang sejarah sejak di sekolah lagi.Pada masa itu kita di ajar tentang sejarah negara kita yang di jajah oleh negara asing tanpa kita ketahui sejauh mana kebenaranya.Namun sedikit demi sedikit telah muncul fakta baru tentang beberapa isu tentang sejarah kita yang memperlihatkan ada yang tidak kena di dalam buka sejarah kita dulu.Seperti dalam isu terbaru berkenaan ucapan Timbalan President Pas Muhammad Sabu telah membangkitkan isu pejuang sebenar bukit kepong bukanlah polis tetapi mereka yang menyerang itulah sebenarnya pejuang negara yang tulen.Mungkin kita berasa keliru dalam isu ini malah ramai juga yang marah terutama waris-waris  polis melayu atau lebih dikenali sebagai Mata-mata pada zaman itu.Namun jika kita memperhalusi betul-betul fakta sejarahnya  kita akan dapat menilai kebenaran yang di ketengahkan oleh Mat Sabu itu.Polis-polis itu sebenarnya di lantik untuk bertugas di bawah kuasa Briish yang pada ketika itu merupakan penjajah negara kita.Pejuang Melayu yang turut disertai oleh Mat Indra pula di cop sebagai Komunis dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh penjajah.Namun sebaliknya pengiktirafan di dalam buku yang bertajuk Pengukir Nama Johor yang mengiktiraf perjuangan Mat Indera sebagai seorang pejuang.Disini memperlihatkan kekeliruan fakta sejarah yang sangat jelas.Apakah fakta yang ada ini tidak kukuh untuk dijadikan hujah?Apapun kita bagaikan ditipu tentang fakta sebenar sejarah kita.Jika benar fakta sejarah ini telah dipesongkan macam mana pula lain-lain sejarah kita?Justeru itu,penyelidikan semula perlu dilakukan segera bagi mencari kebenaran sejarah kita.Jangan biarkan sejarah kita terus menipu generasi akan datang...