Sunday, September 25, 2011
Media Perdana lukakan hati penonton pembangkang...
Hudud kembali menjadi isu di antara BN dan PR.Jika mengikuti media arus perdana mereka seolah-olah memjadi batu api kepada kepimpinan pakatan rakyat.Untuk sejarah televisyen hanya mewarwarkan ucapan pemimpin pakatan atau hanya menyiarkan apa yang dikata isu bagi tujuan mengapikan pakatan pembangkang terutama pemimpin utama mereka.Dalam isu terbaru hudud media melaporkan bahawa Tuan Guru Dato' Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menyatakan pendirian bahawa negeri Kelantan tetap akan melaksanakan Hudud walaupun mendapat tentangan mana-mana pihak termasuk DAP.Namun tiada ucapan lengkap TGNA melibatkan petikan rakaman ucapan TGNA dalam isu tersebut semasa petikan video tnpa suara TGNA disiarkan.Setelah tercetusnya isu ini,media dengan pantas membuat sidang media bersama Karpal Singh yang menyatakan pendirian keras beliau terhadap pelaksanaan Hudud sambil menyifatkan TGNA sebagai orang tua yang mahukan pablisiti.Apakah Karpal ingat dia tidak cukup tua malah lebih popular dari TGNA?Walauapapun ini yang memperlihatkan mainan politik UMNO dan BN dengan tujuan meredakan isu-isu tertentu bagi masyarakat terutama dalam isu sejarah Malaysia yang nampak ketara kesilapannya.Di dalam beberapa hari ini kita pasti akan mendengar ucapan dari mereka yang menyokong atau menentang isu hudud ini baik menyatakan sokongan kepada TGNA mahu pun membuat kritikan pedas bagi menyatakan bahawa TGNA dan pepimpin tertinggi tertentu didalam PAS tidak sehaluan.Ini kerana didalam muktamar PAS yang lepas negara kebajikan menjadi pejuangan PAS dan mengenepikan Hudud yang selamanya ini menjadi isu utama PAS.Oleh itu,kepada mereka yang cerdik dan tidak terburu-buru tentang laporan media perdana akan dapat menilai maksud sebenar isu yang di mainkan,siapa dalangnya dan apa tujuan mereka..Jadi berfikirlah anda dengan kebijaksanaan,dan jangan menganggok dalam kebodohan...Inilah yang menunjukkan bahawa media perdana memberi layanan yang tidak adil kepada peminatnya yang ada dikalangan mereka penyokong parti pembangkang.Apakah sebahagian penonton ini tidak menyumbangkan keuntungan kepada syarikat mereka?Atau mereka lansung tidak melanggan atau menonton siaran media perdana.Inilah sifat tidak ambil peduli oleh media perdana kita selama ini.Mereka bernasib bail kerana rakyat Malaysia sungguh disiplin walaupun hati "terbakar" mendengar berita atau laporan yang berat sebelah.Double Standard inilah yang meletakkan media perdana kita dibawah "tapak kaki" rakyat yang cerdik pandai. Mereka mungkin belum menerima akibat dari ketidakadilan yang mereka lakukan terhadap penonton mereka di kalangan penyokong pembangkan.Jangan hanya membenarkan satu pihak sahaja yang bersuara sedangkan satu pihak lagi tiada ruang membela diri.Ini lah yang rakyat yang cerdik pandai mahukan.Amalan media yang berat sebelah akan terus di pijak rakyat sehingga media kembali menjadi saluran informasi yang adil dan telus.Ingatlah keuntungan syarikat anda juga disumbangkang oleh penyokong pembangkang..
Labels:
Isu Politik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment