Friday, January 28, 2011

Kenapa mesti anak?

Tun Razak - Najib  Tun Razak(Generasi ke 2 bergelar PM)
Tun Hussain Onn - Hisyamuddin Tun Hussain
Anwar Ibrahim - Nurul Izzah Anwar
Mohd Azahar Ibrahim- Ibrahim Daud
Chua Soi Lek - Chua Tee Yong
dan ramai lagi.........................
Jika dilihat senarai di atas,pemimpin berganti dikalangan anak-beranak.Bayangan kehebatan seorang bapa yang menjadi pemimpin masyarakat telah meninggalkan kesan berpanjangan untuk generasi seterusnya.Kesan yang jelas dapat dilihat  apabila anak-anak bekas pemimpin di angkat oleh masyarakat.Apa kehebatan yang mereka miliki  sebenarnya?Sumbangan bapa mereka semasa hayat memudahkan mereka untuk di angkat sebagai pemimpin.Apakah orang lain tidak layak atau tidak mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang berkualiti?Haruskah budi bapa mereka menjadi KPI kesinambungan anak mereka?Mungkinkah disebabkan kekayaan yang diwarisi kepada anak menyebabkan masyarakat terus menyokong dan mengangkat anak pula. Ahmadenejad president Iran yang lahir dari keluarga yang biasa.Beliau memimpin Iran dengan sifat sederhana.Apakah di negara kita ini bakal menemui pemimpin seperti Ahmadenejad jika kepimpinan terus menerus menjadi turun-temurun?Fikir-fikirkan lah semoga akan lahir seorang peminpin yang adil dan ikhlas di negara kita.Elak kroni menguasai kekayaan negara....

Thursday, January 6, 2011

5 Tip penting untuk PRU13...

2011 sudah bersama kita.Apa akan berlaku sepanjang tahun ini?Adakah anda pernah terfikir?tsunamai,gempa bumi,kejatuhan ekonomi,kejatuhan parti pemerintah,kejatuhan parti pembangkang, dan apa saja yang isu.Ada yang mampu kita jangkakan dan ada yang tidak mampu kita jangka.Kita tetap tidak boleh melawan takdir malah kita juga tidak boleh menetapkan takdir kerana Allah s.w.t sahaja yang berkuasa ke atas apa yang dikehendaki.Dalam tahun 2011 ini apa-apa pun bakal berlaku.Samada kita sudah terfikir atau pun belum sesuatu itu akan berlaku juga.Bagi rakyat Malaysia ada yang mengatakan pilihan raya umum akan berlaku.Banyak petanda yang menunjukkan PRU ke 13 pada tahun ini.Tidak kira apa pun berlaku rakyat perlu bijak memilih pemimpin negara.Oleh itu,Aku dan Akal ingin memberi beberapa pandangan yang boleh dijadikan rujukan untuk memilih wakil rakyat.Antaranya:
1)Merujuk dari golongan terpelajar.
 kita perlu merujuk dari golongan seperti alim ulamak,cikgu,pensyarah,pelajar, dan dari kalangan mereka yang berkerjaya.Golongan ini mempunyai pemikiran yang lebih luas kerana mereka terdedah dengan informasi luaran.Pemikiran mereka juga mampu melihat dan menjangkakan sesuatu perkara dengan berpandukan  fakta.Oleh itu,setiap dari kita perlu melihat kecenderungan mereka dan pengukur peratusan mereka menentang atau menyokong tidak kira kerajaan mahupun pembangkang.
2)Mengukur tahap kehidupan.
Kehidupan kearah lebih baik atau pun bertambah rumit.Sesebuah negara kaya tidak semestinya rakyatnya juga kaya.Berdiri bangunan berbilang tingkat sekalipun belum tentu dapat taraf kehidupan rakyat juga akan meningkat.Jika status negara bertukar dari miskin kepada kaya kehidupan rakyat belum tentu senang.Pertukaran status negara yang tidak selari dengan kehidupan realiti rakyat akan memberi tekanan yang lebih mencabar.Rakyat Jepun telah menolak parti merintah selama 50 tahun walaupun negara telah mencapai tahap negara maju atas usaha parti pemerintah.Ini menunjukan rakyatya mereka berasa tertekan dalam kemajuan.Oleh itu,kita perlu mengukur tahap kehidupan kita untuk masa hadapan samada selesa dalam tekanan atau mahu keluar dari tekanan hidup.
3)Mengembalikan hak.
Dalam pemerintahan yang terlalu lama hak-hak rakyat mungkin terhakis.Jika negara semakin maju sumber pendapatan semakin banyak sepatutnya hak-hak rakyat akan bertambah.Namun jika sebaliknya berlaku pemerintahan perlu ditukar untuk menuntut hak rakyat di bawah kepimpinan baru.Jika ada hak yang kita perlu tuntut dan pertahankan kita perlu bertegas demi masa depan kita.Oleh itu,kita perlu tahu apa hak kita sebagai rakyat.
4)Menukar sistem.
Sistem yang rosak perlu dibaiki tapi kalau tidak dapat dibaiki kita perlu tukar sepenuhnya.Begitu juga dalam sistem berkerajaan.Bila kita rasa mereka telah rosak maka satu sistem baru perlu untuk menyelamatkan negara.Oleh itu,kita perlu berani untuk menukar mereka yang menjalankan sistem yang rosak bagi memastikan mereka yang amanah dan ikhlas serta adil membawa sistem yang baru dan selamat.
5)Menyelamatkan agama,bangsa dan negara.
Jika kita berasa ingin menyelamatkan negara dari terus dirosakkan satu usaha bersama-sama perlu disepakatkan.Kepentingan negara untuk masa depan perlu dihunuskan ke arah yang lebih baik dari hari ini.Ini bagi memastikan apa yang berlaku hari ini tidak berlaku di masa akan datang.Kepimpinan yang lebih berkualiti mampu menyelamatkan negara dari terus di kaut keuntungan tanpa mempedulikan kehidupan rakyat.Oleh itu,jika anda rasa negara perlu di selamatkan lakukan semasa pilihan raya umum kerana ianya lebih selamat untuk semua.

Selamat tahun baru Hijrah 1432 dan tahun baru Masihi 2011

Sejarah telah berlaku sepanjang tahun lepas tidak kira apa perkara sekali pun.Setiap perkara akan menjadi sejarah bila ianya sudah berlaku.Oleh itu, yang buruk dijadikan pengajaran dan yang baik dijadikan rujukan untuk membangunkan sistem kehidupan samada dari segi agama,ekonomi,sosial, dan sebagainya. Sejarah juga menjadi satu pengalaman buat kita memperbaiki sistem kehidupan untuk ke arah lebih baik.Samada berlaku ke atas individu ataupun secara umum ianya tetap boleh digunakan untuk semua.Kita juga boleh berkongsi pengalaman kita tentang apa yang telah kita alami dan kita juga boleh menerima pengalaman orang lain untuk di aplikasikan pada diri kita.Walaupun pengalaman itu tidak pernah kita alami.Justeru itu,berkongsilah sebagai ilmu dalam dalam setiap pengalaman kepada orang lain dan terimalah pengalaman orang lain sebagai satu ilmu untuk kita.

Friday, December 10, 2010

Rakyat terbeban bila keperluan awam diniagakan..

Kenaikan harga 4 dalam 1 amat memeranjatkan rakyat.Antaranya kenaikan harga petrol,gas,gula dan yang terbaru tarif elekrik bakal dinaikkan kelak kerana kerajaan secara rasmi meluluskan harga elektrik di semak semula.Antara alasan yang diberi adalah berkenaan pengurangan subsidi dan peningkatan kos yang ditanggung pengeluar telah meningkat.Adakah alasan ini "relevance" dengan peniagaan sistem monopoli ini?Ini kerana syarikat pengeluar tidak sedikit pun menghadapi pesaingan dalam perniagaan mereka.Mereka telah menguasai "market share" sepenuhnya tanpa perlu mengeluarkan kos pengiklanan bagi menghadapi pesaing.Ternya kos mereka tidak akan meningkat secara total.Syarikat Tenaga Nasional Berhad(TNB) adalah sebuah badan yang telah diswastakan namun mereka tetap 1 (Monopoli) dalam negara ini.Jika bahan api yang digunakan yang bagi tujuan menjana tenaga elektrik dikatakan telah meningkat haruskah rakyat dilemparkan bebanan itu?Ini kerana negara mempunyi bahan api yang mana harga bahan api tersebut boleh dipertimbangkan untuk keperluan TNB jika mahu seterusnya kenaikan dapat di kawal.Jika sifir perniagaan diguna pakai ke atas  keperluan awam yang mana setiap perniagaan perlu memaksimumkan keuntungan maka perniagaan itu perlu mempunyai pesaing bagi mengawal mereka.Di sini kita dapat melihat sesuatu keperluan awam dipergunakan bagi mengaut keuntungan kerana jumlah penggunaanya besar.Sebagai contoh jalan "highway" dikenakan TOL malah harganya boleh meningkat dalam tempoh konsesi.Jika dalam perniagaan risiko rugi tidak dapat dielakan tapi berlainan pula dalam perniagaan ini.Kerugian mereka seolah-olah tiada.Apakah ini merupakan perniagaan?Jika dilihat kepada penggunaan jalan "highway" yang terus meningkat kerana kadar pemilikan kereta individu sentiasa meningkat.Apakah mereka akan rugi?Begitu juga dalam perniagaan elektrik yang mana peningkatan perumahan dan lot perniagaan akan menambah hasil setiap tahun bagi TNB.Apakah peningkatan ini tidak di ambil kira bagi menjangkakan keuntungan syarikat?Jika tidak perniagaan ini hanya akan menindas orang awam dan mereka yang terlibat tidak boleh di katakan orang yang hebat dalam menerajui perniagaan dan kepimpinan negara...

Sunday, November 7, 2010

Badan-badan yang tidak bergerak...

Negara kita Merdeka pada 31 Ogos 1957 sehingga tarikh tulisan ini di tulis iaitu pada 8 November 2010 kira-kira 53 tahun.Dalam waktu ini negara kita menubuhkan pelbagai badan tidak kira samada ianya berada dalam kerajaan persekutuan,kerajaan negeri,swasta dan NGO.Setiap unit atau badan yang ditubukan mempunyai objektif masing-masing untuk di capai.Sebagai contoh kerajaan perseketuan menubuhkan JAKIM yang bertuajuan memantau Hal Ehwal Agama Islam manakala Jabatan Pelajaran memantau hal-hal pendidikan negara,Jabatan Kebajikan Masyarakat malah banyak lagi badan-badan lain yang wujud untuk pengkhususan tertentu.Namum siapakah yang memantau badan-badan yang ada ini bagi memastikan objektifnya berjaya di capai dan adakah mereka buat kerja seperti yang di rancang?Sampaikah program mereka kepada kumpulan sasar?Inilah yang menghairankan kita sejak 53 tahun kemerdekaan negara.Ini kerana isu-isu yang melibatkan setiap pengkhususan badan yang di bentuk sentiasa wujud malah menjadi lebih parah sehingga sukar di kawal.Sebagai contoh,masalah kefahaman Islam terhadap orang Islam dan Muallaf yang tidak bernoktah.Dimana badan-badan Islam yang telah lama ditubuhkan itu dan apakah gerak kerja mereka bagi mengatasi masalah yang kian meruncing?Dalam isu seperti pengagihan zakat kepada mereka yang berhak menerima bantuan tidak seimbang dengan jumlah kutipan yang kian meningkat.Mereka yang memerlukan sentiasa menagih simpati walhal negara mempunyi badan khusus bagi menyampaikan bantuan.Masih ada rakyat kita yang merempat tanpa rumah malah ada yang terpaksa berlapar dalam negara sendiri.Apakah masalah yang wujud bagi membantu golongan yang teramat memerlukan ini?Bagi isu Muallaf kembali kepada agama asal sudah cukup memperlihatkan bahawa tiada usaha yang berterusan dari badan-badan ini untuk mengukuhkan pengetahuan tentang Islam kepada Muallaf.Kritikan ini bukan bermaksud tiada lansung usaha mereka tapi Aku dan Akal hanya ingin mengatakan ianya tidak cukup dan tidak berterusan.Apa yang Aku dan Akal ingin sarankan adalah mereka perlu terus rapat dengan Muallaf ini dengan cara memdekatkan diri agar mereka berasa dekat dan sentiasa mendapat didikan yang berterusan sehingga mereka betul-betul faham tentang agama.Aku dan Akan pernah mengunjungi satu perkampungan Orang Asal di Daerah Gua Musang pada satu ketika dulu.Bila dilihat kefahaman Muallaf Orang Asal terhadap Islam terlalu rendah.Ini membuktikan kegagalan Badan yang dipertanggungjawabkan gagal.Adakah kita hanya berpuashati bila berjaya menarik mereka memeluk Islam tapi meninggalkan mereka selepas itu.Apa gunanya kita hanya berjaya menarik mereka jika tiada pengisian untuk membantu mereka faham dan beriman dengan agama Allah s.w.t.Kesimpulanya,kita perlukan usaha yang berterusan untuk memastikan badan-badan yang ditubuhkan menjadi sebuah badan yang berjaya seterusnya meluputkan isu-isu melibatkan tugas mereka disamping perlunya satu badan khas memantau gerak kerja badan-badan yang ditubuhkan agar sentiasa bergerak.

Friday, November 5, 2010

Majoriti besar.....PAS PKR tewas...

Keputusan PRK DUN Galas dan Batu Sapi telah di ketahui.Kedua-dua DUN tersebut dimenangi oleh Barisan Nasional yang diwakili oleh UMNO.BN telah memenangi pertandingan dengan penuh bermaruah kerana menang dengan majoriti yang besar manakala PAS dan PKR kalah dengan penuh aib.BN berjaya mengekalkan DUN Batu Sapi malah mendapat kemenanngan berganda apabila berjaya merampas kembali DUN Galas.Apakah kedua-dua makna yang ingin ditunjukan rakyat kepada parti politik ini?Apakah faktor PAS tewas di Galas dan PKR tidak berjaya di Batu Sapi?Ini akan memeningkan kedua-dua belah pihak namum yang pasti kedua-duanya ada jawapannya tersendiri.Penganalisis politik baik yang pro-kerajaan mahupun pro-pembangkang mereka akan lebih pening untuk menganalisis perubahan ini.BN berjaya mungkin disebab pengaruh Ku Li yang dikatankan sentiasa di hati pengundi di Galas.Bagi PAS pengaruh Tuan Guru Nik Aziz dan pemimpin mereka tidak cukup mempengaruhi pengundi di Galas.Faktor lain pula adalah disebabkan pengundi Orang Asal yang tidak terdedah kepada maklumat sepenuhnya.Namun begitu pengundi Cina dan Melayu juga mengatakan pendirian menolak PAS.Situasi 50-50 adalah meleset sama skali apabila jumlah majoriti kemenangan BN amat selesa sekali.Jika beginilah keputusannya jalan ke Putra Jaya masih belum terbuka untuk PR.Apa pun kawasan luar bandar begini masih belum layak di ukur secara total.Sebaliknya boleh berlaku dalam PRU nanti sebagaimana yang telah kita lihat kerana suasananya pasti berubah.Apa pun Tahniah BN cuba lagi PR.......

Wednesday, November 3, 2010

Media tidak pernah berterima kasih kepada penyokong Kelantan

Salam kepada pasukan Kelantan yang terkenal sebagai "The Red Warrior" kerana berjaya mencipta rekod setelah 89 tahun menanti.Ini merupakan satu detik yang mungkin membuka semangat baru kepada penyokong Kelantan yang begitu bersemangat menjadi pemain ke 12 bagi menguatkan semangat pasukan yang bermain di atas padang.Namun sebelum dan selepas mencapai kemenangan,media massa sentiasa "menegatifkan"penyokong Kelantan.Keadaan ini tidak begitu adil kerana setiap negeri mempunyaiindividu yang tidak bertanggungjawab dan sering melakukan perkara yang merosakkan harta benda awam.Oleh yang demiakian tidak semua penyokong Kelantan "pembakar kerusi" stadium.Seperti laporan Harian Metro yang memburukan penyokong Kelantan yang membaling kerusi walhal gambar yang dipaparkan ternyata penyokong lawan yang sedang memegang kerusi.Ini adalah satu provokasi yang jelas ingin menjatuhkan maruah sebelah pihak.Tidak dinafikan ada segelintir penyokong Kelantan yang berbuat demikian tapi biarlah adil dalam setiap tindakan buruk penyokong kerana penyokong negeri lain juga ada yang tidak bertamadun.Media perlu bijak dalam setiap laporan agar tidak menguris hati mereka yang tidak terlibat dalam perbuatan buruk tersebut malah jumlah mereka yang menonton dengan penuh semangat kesukanan adalah jauh lebih ramai.Walaupun pepatah ada menyatakan "nila setitik rosak susu sebelanga" tapi sebagai manusia yang berpendidikan dan berpengetauan kita perlu lebih peka dengan maruah dan perasaan mereka yang tidak terlibat.