2011 sudah bersama kita.Apa akan berlaku sepanjang tahun ini?Adakah anda pernah terfikir?tsunamai,gempa bumi,kejatuhan ekonomi,kejatuhan parti pemerintah,kejatuhan parti pembangkang, dan apa saja yang isu.Ada yang mampu kita jangkakan dan ada yang tidak mampu kita jangka.Kita tetap tidak boleh melawan takdir malah kita juga tidak boleh menetapkan takdir kerana Allah s.w.t sahaja yang berkuasa ke atas apa yang dikehendaki.Dalam tahun 2011 ini apa-apa pun bakal berlaku.Samada kita sudah terfikir atau pun belum sesuatu itu akan berlaku juga.Bagi rakyat Malaysia ada yang mengatakan pilihan raya umum akan berlaku.Banyak petanda yang menunjukkan PRU ke 13 pada tahun ini.Tidak kira apa pun berlaku rakyat perlu bijak memilih pemimpin negara.Oleh itu,Aku dan Akal ingin memberi beberapa pandangan yang boleh dijadikan rujukan untuk memilih wakil rakyat.Antaranya:
1)Merujuk dari golongan terpelajar.
kita perlu merujuk dari golongan seperti alim ulamak,cikgu,pensyarah,pelajar, dan dari kalangan mereka yang berkerjaya.Golongan ini mempunyai pemikiran yang lebih luas kerana mereka terdedah dengan informasi luaran.Pemikiran mereka juga mampu melihat dan menjangkakan sesuatu perkara dengan berpandukan fakta.Oleh itu,setiap dari kita perlu melihat kecenderungan mereka dan pengukur peratusan mereka menentang atau menyokong tidak kira kerajaan mahupun pembangkang.
2)Mengukur tahap kehidupan.
Kehidupan kearah lebih baik atau pun bertambah rumit.Sesebuah negara kaya tidak semestinya rakyatnya juga kaya.Berdiri bangunan berbilang tingkat sekalipun belum tentu dapat taraf kehidupan rakyat juga akan meningkat.Jika status negara bertukar dari miskin kepada kaya kehidupan rakyat belum tentu senang.Pertukaran status negara yang tidak selari dengan kehidupan realiti rakyat akan memberi tekanan yang lebih mencabar.Rakyat Jepun telah menolak parti merintah selama 50 tahun walaupun negara telah mencapai tahap negara maju atas usaha parti pemerintah.Ini menunjukan rakyatya mereka berasa tertekan dalam kemajuan.Oleh itu,kita perlu mengukur tahap kehidupan kita untuk masa hadapan samada selesa dalam tekanan atau mahu keluar dari tekanan hidup.
3)Mengembalikan hak.
Dalam pemerintahan yang terlalu lama hak-hak rakyat mungkin terhakis.Jika negara semakin maju sumber pendapatan semakin banyak sepatutnya hak-hak rakyat akan bertambah.Namun jika sebaliknya berlaku pemerintahan perlu ditukar untuk menuntut hak rakyat di bawah kepimpinan baru.Jika ada hak yang kita perlu tuntut dan pertahankan kita perlu bertegas demi masa depan kita.Oleh itu,kita perlu tahu apa hak kita sebagai rakyat.
4)Menukar sistem.
Sistem yang rosak perlu dibaiki tapi kalau tidak dapat dibaiki kita perlu tukar sepenuhnya.Begitu juga dalam sistem berkerajaan.Bila kita rasa mereka telah rosak maka satu sistem baru perlu untuk menyelamatkan negara.Oleh itu,kita perlu berani untuk menukar mereka yang menjalankan sistem yang rosak bagi memastikan mereka yang amanah dan ikhlas serta adil membawa sistem yang baru dan selamat.
5)Menyelamatkan agama,bangsa dan negara.
Jika kita berasa ingin menyelamatkan negara dari terus dirosakkan satu usaha bersama-sama perlu disepakatkan.Kepentingan negara untuk masa depan perlu dihunuskan ke arah yang lebih baik dari hari ini.Ini bagi memastikan apa yang berlaku hari ini tidak berlaku di masa akan datang.Kepimpinan yang lebih berkualiti mampu menyelamatkan negara dari terus di kaut keuntungan tanpa mempedulikan kehidupan rakyat.Oleh itu,jika anda rasa negara perlu di selamatkan lakukan semasa pilihan raya umum kerana ianya lebih selamat untuk semua.
No comments:
Post a Comment