Ini adalah muka depan akhbar Nasional Insider percuma yang diagihkan di Masjid Muhammadi Kota Bharu oleh individu yang tidak dikenali bertujuan untuk menyampaikan masej dari sebuah parti politik kerajaan.
Walaubagaimanapun,penulisanya dalam bahasa Inggeris dan mungkin akhbar ini menyasarkan kepada golongan elit di kawasan Kota Bharu.
Mungkin mereka menyedari golongan elit ini ramai berjemaah di masjid tersebut.
Ini adalah muka hadapan dengan tajuknya ditujukan kepada parti PKR berkenaan krisis yang berlaku didalam parti PKR terutama PKR Selangor.
Melihat kepada tajuk ini,maksud dikeluarkan akhbar ini adalah semata-mata untuk menonjolkan krisis dalaman parti PKR.Walaupun mereka menyedari bahawa isu ini sudah senyap dari media arus perdana.
Isu ini cuba dihangatkan kembali untuk dijadikan modal sebuah akhbar murah sebegini.
Dengar tajuk yang mengapi-apikan orang-orang tertentu jelas sekali mereka hendak memporak-perandakan parti lawan dengan cara "ala syaitan".
Isu air Selangor juga dimasukan sebagai topik hangat.Walaupun isu ini tiada kaitan dengan Kelantan mereka tetap masukan hanya bertujuan "menconteng arang" pada parti PKR semata-mata.
Mungkin juga mereka menyedari bahawa parlimen Kota Bharu akan di isi oleh wakil dari parti PKR.Ini merupakan salah satu strategi awal mereka untuk merosakan imej parti secara keseluruhan.
Perhimpunan Hijau yang dianjurkan partiPas sebelum ini juga diulas.Namun tajuk yang dimainkan agak nakal kerana mengatakan himpunan hijau suram iaitu tiada respon positive dari rakyat.
Dengan kejayaan dalam siri-siri perhimpunan membuktikan perhimpunan tersebut berjaya malah menjadi tamparan yang hebat jika nak dibandingkan dengan perhimpunan Janji Ditepati yang dihadiri oleh PM sendiri.
Dibawah pula isi di antara Nizar dan Sultan Johor berkenaan no plat kereta yang dibida oleh Sultan Johor dan telah dikritik secara sinis oleh saudara Nizar.
Isu ini sengaja dimainkan kembali agar rakyat Johor bangkit membantah dan membenci parti pembangkang.
Dengan tajuk berkenaan kemurkaan Sultan Johor terhadap kritikan oleh nizar adalah bertujuan untuk merosakkan imej PR semata.
Isi ini mengkin bakal menghancurkan harapan Pas untuk memenangi lebih banyak kerusi lagi dalam PRU13 nanti.
Walauapapun diharap rakyat tidak mudah tertipu dengan agenda isu ini yang saban hari dimainkan oleh media arus perdana.
Muka surat seterusnya berkenaan ulasan Khir Toyo terhadap MB Selangor berkenaan peruntukan yang disalah gunakan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim.
Agak malu sekiranya kenyataan dari orang yang salah guna kuasa masa zamannya dan orang ni jugalah yang memalukan pegawainya sendiri dengan menghadiahkan penyapu.
Tanpa disedari Allah sendiri telah memalukan beliau sendiri apabila mensabitkan kesalahan pecah amanah dalam kes mahligai yang diperolehi secara salah.
Seterusnya akhbar ini dilihat tetap tidak berpuashati dengan Tan Sri Khalid dengan merancanakan isu berkaitan MB Selangor ini.
Modes operandi mereka hanya untuk menjatuhkan MB agar mereka berjaya menjatuhkan seorang yang amanah dalam pentadbiran.
Jika orang sperti MB Khalid masih lagi ada susah untuk mereka merompak hasil kekayaan negeri.Ini juga berlaku di negeri Kelantan sejak sekian apabila MB Kelantan sentiasa diserang dan difitnah bertubi-tubi oleh musuh politik sehingga kini.Mereka tahu bahawa sifat pegangan amanah yang jitu akan mustahilkan misi mereka dalam mengaut kegala kekayaan negeri dan meninggalkan penderitaan kepada rakyat.








No comments:
Post a Comment