Thursday, June 28, 2012

RTM diboikot rakyat Kelantan

 
Bermula pada 28-30 Jun 2012 RTM menerusi radio rasmi Kelantan FM mengadakan karnival menyambut 66 tahun RTM di padang penyiaran RTM Kota Bharu.karnival ini dirasmikan oleh Dato' Seri Dr. Rais Yatim sebagai Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia.

Semasa perasmian rata2 yang hadir dengan cara "kerahan" dari IPTA,IPTS,murid sekolah serta pemuda dan putri UMNO.Para peniaga mengeluh kerana tiada sambutan sedangkan informasi tentang program ini dibuat dengan begitu meluas menerusi media rasmi RTM serta Kelantan FM.

Sebaik sahaja selesai perasmian tapak karnival hanya dipenuhi petugas2 serta peniaga dan kakitangan awam yang mengadakan pameran.Mungkin inilah akibat dari kelantangan media RTM yang digunakan oleh UMNO untuk melancarkan perang saraf terhadap Kerajaan Kelantan yang di pimpin oleh Tuan Guru Nik Aziz.

Kreadibiliti RTM sebagai media rasmi pro kerajaan tercalar kerana tiada sambutan pada sebelah malam yang mana berlansungnya ceramah agama hal ehwal Islam membincangkan tajuk pengertian perpaduan umma.Adakah ini tanda protes rakyat Kelantan?Sebenarnya program ini di buat setiap tahun namun sambutanya tetap gagal.tahun lepas program ini berlansung dalam keadaan tapak karnival yang becak.Namun,kali ini cuaca sangat baik tetapi sambutanya sangat mendukacitakan.Ada peniaga sudah pun menarik diri lebih awal.Semasa menunggu orang ramai memenuhi kemah mc bertugas mengumumkan Dato Mustapha Muhammad dijangka akan hadir sama.Pada awalnya diwar-warkan RTM akan menjemput Ustaz Don sebagai penceramah solo.Mungkin kepadatan jadual ustaz Don menyebabkan di ganti dengan panel tempatan.

RTM perlu sedar perananya sebagai media rasmi UMNO/BN telah meruntuhkan kreadibiliti mereka di mata rakyat.Peranan media perlu teguh tanpa berpihak dan menyampaikan beritanya tanpa condong mana2 pihak.Rakyat bukan sebodoh yang disangka mereka.Rakyat juga sudah mual dengan peranan songsang media terutama RTM.

Sunday, June 10, 2012

Cerita dari hati..tentang perjuangan PAS.

Pada awal tahun 1990 masa tu kalu tak silap umur dalam lingkungan 7 tahun..AkudanAkal tak tahu apa itu politik dan apa pula parti..masa tu parti PAS yang berlambang bulan penuh menang di Kelantan dengan menumbangkan parti UMNO.PAS masa tu dipimpin oleh Tok Guru Nik Aziz manakala UMNO di pimpin oleh Dr Mahathir.

Selepas PAS menang Tok Guru sentiasa dipanggil berceramah kat surau seluruh Kelantan termasuklah surau kat kampung AkudanAkal.Dengan sifat kesederhanaan Tok Guru rata2 masyarakat sangat berasa selesa untuk menyertai ceramah agama beliau.Tapi AkudanAkal tak pun faham akan usaha yg dilakukan oleh Tok Guru dan rakan2 beliau.

Sejarah perjuangan PAS sangat memilukan sebab pernah sekali PAS ditikam dari belakang oleh UMNO selepas PAS bergabung dengan UMNO dengan menyertai Perikatan kalau tak silap.Penggabungan ini satu kesilapan besar kerana dengan sekelip mata saja PAS berpecah belah akibat penggabungan yang tak sepenuhnya disokong oleh ahli PAS di setiap peringkat.

Apa yang sangat memilukan hati bila mengetahui usaha yang dilakukan oleh pemimpin PAS yang terdahulu dalam keadaan serba kekurangan dari setiap segi prasarana untuk berkempen bagi menarik perhatian masyarakat.Namun kejayaan ini telah dimusnahkan oleh  pemimpin PAS sendiri yang tersilap membuat keputusan atau lebih mudah dikatakan "masuk perangkap" UMNO pada masa itu dengan menawarkan penggabungan setelah mereka mengalami kekalahan teruk dalam kempen pilihan raya.

Untuk mengembalikan kekuatan mereka,PAS dijadikan "kawan hitam" kerana peningkatan sokongan yang diterima oleh PAS.Tipu muslihat inilah yang membuatkan Tok Guru sehingga kini menolak pelawaan UMNO untuk perpaduan.Ibarat kata "tiada maaf bagi mu" atau "pisang tidak akan berbuah dua kali".

Oleh itu,setelah AkudanAkal memahami sejarah perjuangan PAS ini dan kenapa "kekerasan pendirian" Tok Guru untuk tidak sama sekali bersetuju untuk membentuk perpaduan antara PAS dan UMNO adalah logik untuk tidak percaya pada sifat "amanah palsu" yang ada dalam setiap pemimpin UMNO baik dulu kini dan selamanya jika dasarnya tetap sama iaitu nasionalis.

Tindakan Tok Guru bertepatan dengan apa yang telah beliau dan rakan2 alami apabila dikhianati dan usaha selepas itu untuk mengembalikan sokongan masyarakat kepada PAS memakan masa selama 22 tahun.Harga perjungan PAS kini terlalu "mahal untuk UMNO beli sekali lagi" kerana "luka lama" Tok Guru dan rakan2 beliau telah meninggalkan "parut yang sangat tebal".

Ironinya, UMNO akan "mendabik dada bak si serama" apabila menang tetapi mereka akan berpura-pura dengan "ajakan ayam" takkala hilang sokongan rakyat.Cukup payah untuk UMNO "berdakap" dengan PAS selagi Tok Guru masih kuat mindanya dari ditipu oleh UMNO sekali lagi.Justeru itu,para pemimpin PAS generasi baru perlu memahami kesusahan para pemimpin PAS terdahulu berjuang selama 22 tahun sehingga berjaya mengembalikan sokongan masyarakat kepada PAS jika tidak mahu "berlelah semula" akibat ketidakjujuran UMNO dalam berjanji.