Sunday, June 10, 2012

Cerita dari hati..tentang perjuangan PAS.

Pada awal tahun 1990 masa tu kalu tak silap umur dalam lingkungan 7 tahun..AkudanAkal tak tahu apa itu politik dan apa pula parti..masa tu parti PAS yang berlambang bulan penuh menang di Kelantan dengan menumbangkan parti UMNO.PAS masa tu dipimpin oleh Tok Guru Nik Aziz manakala UMNO di pimpin oleh Dr Mahathir.

Selepas PAS menang Tok Guru sentiasa dipanggil berceramah kat surau seluruh Kelantan termasuklah surau kat kampung AkudanAkal.Dengan sifat kesederhanaan Tok Guru rata2 masyarakat sangat berasa selesa untuk menyertai ceramah agama beliau.Tapi AkudanAkal tak pun faham akan usaha yg dilakukan oleh Tok Guru dan rakan2 beliau.

Sejarah perjuangan PAS sangat memilukan sebab pernah sekali PAS ditikam dari belakang oleh UMNO selepas PAS bergabung dengan UMNO dengan menyertai Perikatan kalau tak silap.Penggabungan ini satu kesilapan besar kerana dengan sekelip mata saja PAS berpecah belah akibat penggabungan yang tak sepenuhnya disokong oleh ahli PAS di setiap peringkat.

Apa yang sangat memilukan hati bila mengetahui usaha yang dilakukan oleh pemimpin PAS yang terdahulu dalam keadaan serba kekurangan dari setiap segi prasarana untuk berkempen bagi menarik perhatian masyarakat.Namun kejayaan ini telah dimusnahkan oleh  pemimpin PAS sendiri yang tersilap membuat keputusan atau lebih mudah dikatakan "masuk perangkap" UMNO pada masa itu dengan menawarkan penggabungan setelah mereka mengalami kekalahan teruk dalam kempen pilihan raya.

Untuk mengembalikan kekuatan mereka,PAS dijadikan "kawan hitam" kerana peningkatan sokongan yang diterima oleh PAS.Tipu muslihat inilah yang membuatkan Tok Guru sehingga kini menolak pelawaan UMNO untuk perpaduan.Ibarat kata "tiada maaf bagi mu" atau "pisang tidak akan berbuah dua kali".

Oleh itu,setelah AkudanAkal memahami sejarah perjuangan PAS ini dan kenapa "kekerasan pendirian" Tok Guru untuk tidak sama sekali bersetuju untuk membentuk perpaduan antara PAS dan UMNO adalah logik untuk tidak percaya pada sifat "amanah palsu" yang ada dalam setiap pemimpin UMNO baik dulu kini dan selamanya jika dasarnya tetap sama iaitu nasionalis.

Tindakan Tok Guru bertepatan dengan apa yang telah beliau dan rakan2 alami apabila dikhianati dan usaha selepas itu untuk mengembalikan sokongan masyarakat kepada PAS memakan masa selama 22 tahun.Harga perjungan PAS kini terlalu "mahal untuk UMNO beli sekali lagi" kerana "luka lama" Tok Guru dan rakan2 beliau telah meninggalkan "parut yang sangat tebal".

Ironinya, UMNO akan "mendabik dada bak si serama" apabila menang tetapi mereka akan berpura-pura dengan "ajakan ayam" takkala hilang sokongan rakyat.Cukup payah untuk UMNO "berdakap" dengan PAS selagi Tok Guru masih kuat mindanya dari ditipu oleh UMNO sekali lagi.Justeru itu,para pemimpin PAS generasi baru perlu memahami kesusahan para pemimpin PAS terdahulu berjuang selama 22 tahun sehingga berjaya mengembalikan sokongan masyarakat kepada PAS jika tidak mahu "berlelah semula" akibat ketidakjujuran UMNO dalam berjanji.

1 comment:

  1. salam. bersama menyokong kepimpinan islam. :)

    ReplyDelete