Thursday, April 12, 2012

Pelajar miskin menjadi "alasan" untuk mengeluarkan dana awam.


Penubuhan  Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pada dasarnya dilihat cantik..Penubuhanya pada tahun 1997 amat dialu-alukan kerana objektifnya untuk membantu golongan miskin yang tidak mampu menanggung kos pengajian.Oleh sebab itu,ramai anak-anak Melayu dan Bumiputera berkemampuan untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.
Setelah sekian lama,ramai dikalangan pakar akademik,ahli politik,badan-badan NGO,mahasiswa dan rakyat terlihat akan kelicikan permainan politk UMNO dalam mengatur aliran wang negara masuk ke kuncu-kuncu mereka.Pada awalnya kadar faedah sebanyak 3% dan apabila dibangkikan isunya barulah di turunkan kepada 1 % yang dinamakan Ujrah.
Sejak penubuhan PTPTN ini kolej-kolej swasta dan IPTS wujud bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.Ini kerana prniagaan pendidikan pada masa itu sangat menguntungkan ditambah pula bantuan untuk mendapatkan pinjaman PTPTN di buat sepenuhnya oleh pihak kolej dan IPTS. Dari segi syarat kemasukan juga dipermudahkan sehingga kemasukannya hanya sekadar 1 kredit.Walaupun nampak baik untuk membantu mereka yang tidak layak ke IPTA namun sebaliknya pihak swasta sebenarnya mengejar keuntungan semata-mata.
Apa yang kita dengar tentang kenaikan yuran pengajian dan kos penempatan pelajar juga meningkat membuktikan pihak swasta menindas pelajar miskin.Ini belum di kira kos buku-buku pengajian selama tempoh belajar.Disini kita dapat melihat betapa rakusnya mereka mengaut keuntungan berlipat kali ganda melalui peruntukan kerajaan yang diberikan kepada pelajar yang tidak berkemampuan.Teori ini merupakan satu teori licik dan teratur untuk mengeluarkan dana awam dan terus masuk ke kocek kuncu-kuncu.Dengan 2 kali untung adalah tidak wajar dikatakan untuk membantu rakyat sedangkan penindasan terlebih dahulu berlaku.Oleh yang demikian,pelajar miskin digunakan sebagai alasan mereka untuk mengeluarkan wang negara.Kelicikan ini pada awalnya tidak nampak dan masyarakat juga lambat mengkajinya terlebih dahulu.Pelajar miskin di IPTA juga terlibat kerana sesetengah IPTA mengenakan kos yang agak tinggi kepada pelajar-pelajar mereka.
Jenis kepala otak UMNO/BN ni semua perkara nak diniagakan terutama hal-hal berkaitan kepentingan awam.Sebab itu penubuhan Kolej swasta dan IPTS tidak di dikawal dengan bersungguh-sungguh.Ini adalah untuk mengaut keuntungan secepat mungkin sebelum rakyat sedar akan permainan licik pemimpin UMNO/BN.
Kesimpulanya,Dato' Seri Najib,Tan Sri Muhyidin Yassin dan Dato' Shafie Afdal mewarwarkan bahawa negara akan bankrup jika pinjaman PTPTN dihapuskan adalah salah sama sekali.Yang akan lingkup adalah pihak-pihak IPTS dan kolej swasta yang telah lama menjadi lintah darat kepada golongan miskin.Ingat hanya 10% yang membayar pinjaman sejak tahun 1997 sehingga sekarang negara belum pernah bankrup.