Tuesday, March 13, 2012

Mana logo Halal JAKIM pada Mi Sedaap?


Pasti anda terngiurkan?Mi sedap ni cukup popular terutama sekali mi goreng segera yang cukup mudah disediakan.Dikeluarkan oleh Syarikat yang berpangkalan di Indonesia iaitu Wingsfood Mi Sedap yang dimiliki oleh syarikat Supreme Sdn Bhd.

AkudanAkal bukanya nak dedahkan pasal kandungan Mi  Sedap ni cuma AkuDanAkal rasa curiga dengan status halalnya.Ini kerana majlis agama Islam JAKIM telah menyatakan hanya sijil dan logo halal yang dikeluarkan mereka sahaja yang diguna pakai.



Mi Sedap ni AkuDanAkal sendiri yang beli di Mydin Kota Bharu.Belek punya belek cari logo halal JAKIM tak dijumpai lansung yang ada hanyalah logo halal Indonesia yang aku cukup sangsi dengan mereka.Persoalanya adakah JAKIM mengiktiraf logo halal Indonesia?Bungkusanya tidak ada lansung logo halal Malaysia.Adakah produk ini boleh dipasarkan di Malaysia?Apakah tanggung jawab pihak JAKIM dalam memantau produk yang dipasarkan tanpa ada logo halal yang sah.



Ini antara bahagian yang AkuDanAkal cari logo halal JAKIM namun tetap tak kelihatan.Inilah yang hairan  bagaimana skop kerja anggota JAKIM untuk menyekat barangan makanan yang perlu ada cop halal yang sah apabila berada dipasaran.Oleh itu,AkuDanAkal memohon pihak JAKIM segera membuat siasatan terhadap pihak terlibat iaitu pengedar Mi Sedaap dan juga penjual iaitu Mydin.Bagaimankah produk yang jelas tidak mempunyai logo halal di Malaysia boleh di jual.Apakah statusnya halal atau pun tidak.Kepada pengguna Islam sila waspada tentang logo halal yang sah dari JAKIM supaya kita sentiasa selamat dari penipuan kandungan haram di makan.

2 comments:

  1. jgn la makan lau rasa ragu2... blh jadi haram biar halal... tp nie Halal la... ada cop halal.. tp indonesia punya cop.. indonesia kn jgk negara islam...

    ReplyDelete
  2. Terima ksh krn sudi comment..Utk pengetahuan anda JAKIM telah membuat pengumuman tentang logo halal yg dikeluarkan mrk shj yg sah..jd utk isu ini sy berasa keliru apabila mee jenama sedap ini tiada logo halal uyg sah dari JAKIM..Tidak ada pula pengesahan dari JAKIM tentang logo halal negara yg diiktiraf JAKIM..jika ada sepatutnya diwar2kan di media ms utk pengetahuan umum...slps isu ini sy keluarkan sudah ada logo halal dr JAKIM..Mungkin terdpt bnyk lg brgan lain yg tiada logo halal JAKIM..so berhati-hatilah krn mknn yg kita mkn akn jd darah daging kita..Jd pastikan btl2 halal..jgn bt org ragu2..

    ReplyDelete