Sebelum ini AkudanAkal ada menulis tentang artikel bertajuk Kelantan masih kosong yang lebih kepada satu luahan anak muda dan seluruh rakyat Kelantan.Semalam AkudanAkal tertarik dengan ucapan Dato' Nik Amar yang merupakan seorang pembentang kertas kerja dalam seminar 3 Dekad Kebangkitan PAS Kelantan di Pasir Tumboh Kelantan.Dalam ucapan beliau menyatakan perlunya altenatif kepada apa yang dihapuskan.Sebagai contoh,apabila kerajaan negeri menghapuskan dikir barat yang liritnya agak keterlaluan,wayang kulit yang ada unsur pemujaan atau khurafat,puast judi dan lain-lain maka harus ada alternatif untuk menggantikan hiburan anak muda yang selalu bersifat "agresif" dalam kehidupan harian.Namun bagi pandangan AkudanAkal ianya masih belum cukup dan perlu segera dilaksanakan kerana kuasa masih berada di tangan.Oleh itu,AkudanAkal ingin memberi cadangan apa yang perlu untuk negeri Kelantan bagi melihat kemajuan dan pembangunan negeri selain bertujuan menafikan PAS tolak pembangunan.
| Contoh Taman Rekreasi |
| Lanskap menarik Gua Musang |
1)Wujudkan Taman rekreasi
Taman rekreasi Tengku Anis merupakan satu-satunya tempat warga Kota Bharu berriadah bersama keluarga.tempat yang kecil dan penuh sesak sudah tidak sesuai dan perlu ada satu tempat yang lebih sesuai.AkudanAkal ada cadangan supaya Taman Tema negeri Kelantan di bina di Gua Musang yang berlatar belakangkan bukit-bukau yang unik dan menarik.Ini kerana kedudukan lokasi yang berhampiran jalan utama membuatkan orang ramai yang datang dari KL-KB akan berkesempatan untuk singgah.Walaupun ada Taman Negara Kuala Koh dan Sungai Relau lokasinya agak tersembunyi malah memakan masa untuk sampai ke lokasi.Oleh yang demikian,kawasan ini perlu dibangunkan untuk dijadikan alternatif kepada rakyat Kelantan yang tiada tempat untuk beriadah santai bersama keluarga.Namun,pembinaanya perlu menggariskan beberapa peraturan yang bersesuaian dengan syariat Islam sebagaimana dasar kerajaan negeri.Seterusnya,jika ada caj masuk janganlah menjadi beban kepada rakyat cukuplah sekadar keuntungan kecil tapi besar kutipanya.InsyAllah Kelantan bakal menjadi tarikan pelancong tempatan dan luar negara.
| Sukan air Port Dickson |
| Permainan Jet Ski |
2)Wujudkan permainan sukan air
Kelantan mempunyai lokasi perairanya yang menarik antaranya Sungai Kelantan,Pantai Irama,Pantai Tok Bali,Pantai Geting dan sebgainya.Namun tempat-tempat ini hanya menjadi satu tempat untuk "menyeronokan mata" dengan melihat keindahanya semata-mata,Justeru itu,AkudanAkal mencadangkan lokasi ini ditambah dengan aktiviti sukan air seperti di Pantai Port Dickson yang selalu dikunjungi oleh warga Kota.Ini kerana selama ini Kelantan hanya menjadi tarikan dengan baranganya yang murah namun itu hanya "menumpang" prodak dari Thailand.Namun apakah prodak yang dapat menarik perhatian orang ramai untuk selalu berkunjung ke negeri Kelantan.Negeri Kelantan perlu dibangunkan tempat-tempat sebegini kerana banyak lagi lokasinya yang cukup indah untuk diterokai.Setiap kawasan perlu dibangunkan untuk menjana pendapatan negeri dan rakyat.Dengan adanya tarikan sebegini tidak mustahil warga negeri-negeri lain akan berpusu-pusu untuk berkunjung ke negeri Cik Siti Wan Kembang untuk mencari ketenangan dan kelainan.
| Mercu tanda Bandar Kota Bharu |
| Dataran Merdeka Kota Bharu |
Terdapat banyak lokasi sejarah dan mercu tanda negeri yang nampak muram dan tidak menarik dari segi hiasan lanskapnya.Kerajaan negeri perlu menambahbaikan tempat-tempat ini bagi menjadikan "front page" negeri yang menarik.Dengan langkah memperindahkan tempat sebegini pandangan orang luar akan lebih menarik untuk diabadikan kunjungan mereka ke negeri Kelantan.Justeru itu,Kerajaan negeri perlu lah menjaga kawasan ini sebaik mungkin kerana ianya melambangkan negeri Kelantan atau pintu masuk negeri yang indah.
Mungkin pendapatan kerajaan negeri agak terbatas untuk melakukan usaha ini.AkudanAkal percaya cadangan sebegini mungkin telah diutarakan oleh wakil-wakil rakyat atau rakyat negeri Kelantan namun keterbatasan menghalang untuk tujuan tersebut.Malah peruntukan kerajaan negeri melalui kerajaan pusat juga mungkin disekat bagi tujuan pembangunan tersebut.Namun dengan adanya pemimpin-negeri yang hebat seperti Datuk Haji Husam Musa,Datuk Nik Amar,Datuk Saifuddin Nasution,Dato' Tengku Razaliegh Hamzah,Dato' Mustapha Muhammad dan yang lain-lainnya pasti dapat merungkai permasalahan tersebut.Apa guna jika anda dipilih oleh rakyat menjadi wakil kepada rakyat tetapi anda orang yang menyekat peruntukan negeri dari sampai kepada kerajaan yang dipilih rakyat ini bermakna anda seorang wakil rakyat yang "BODOH" kerana tindakan anda yang menyekat hak rakyat negeri anda sendiri.
No comments:
Post a Comment