Saturday, October 23, 2010
Pilihan Raya Umum Ke 13:BN @ PR?
Kali ini Aku dan Akal ingin mengupas tentang Pilihan Raya Umum Ke 13 yang bakal menyusul.Apakah perubahan kepimpinan negara kita akan berlaku atau mengekalkan kuasa pada pemimpin sedia ada?Persoalan ini selalunya akan diutarakan oleh setiap individu dalam setiap golongan.Malah golongan yang lebih gusar adalah dari kalangan para pelabur baik dari dalam dan luar negara.Ada yang suka jika perubahan berlaku dan ada juga yang tidak mahu pertukaran pemerintah bertukar tangan.Apa pun di kalangan rakyat yang setia dengan parti pemerintah mereka tetap yakin mereka tidak akan tumbang namun bagi golongan yang menentang dan ingin melihat perubahan berlaku mereka juga berkeyakinan tinggi parti mereka akan menakluk Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke 13 nanti.Begitu juga para penganalisis mempunyai dua pandangan yang sama seperti mana dua golongan tersebut.Banyak faktor perlu diambil kira dalam membuat andaian.Antaranya dengan mengambil keputusan dalam setiap pilihan raya terdahulu.Rekod yang tercatat boleh diambil kira untuk dianalisa dan seterusnya dibuat andaian oleh setiap golongan termasuk parti-parti yang bertanding.Selain itu,setiap isu-isu yang berlaku juga boleh dijadikan bahan analisa.Ini kerana terdapat beberapa isu yang boleh mempengaruhi pemikiran pengundi baik isu dari pihak pemerintah mahupun pembangkang dan bagi pengundi atas pagar isu-isu besar akan menjadi penentu mereka pilih siapa.Seterusnya faktor bakal calon juga boleh diambil kira kerana dengan perkembangan pendidikan negara rakyat lebih cerdik memilih pemimpin mereka.Sesetengah mereka menilai dari sudut kualiti kepimpinan seseorang calon.Jika parti mengekalkan pemimpin bermasalah sudah pasti mereka akan di tolak rakyat dalam pilihan raya kali ini.Ini terbukti dalam beberapa pilihan raya lepas di mana Dato S. Samy Vellu,Dato Koh Su Koon tumbang di kubu kuat beliau sendiri.Apakah mereka tidak berjasa selama ini?Jasa memeka mungkin banyak tapi mungkin rakyat tidak merasai nikmat tersebut kerana jasa tersebut hanya berlegar pada kroni dan "anak buah" sahaja.Ini lah dikatakan kualiti yang akan dinilai rakyat dalam pilihan raya nanti.Rakyat dahagakan seorang pemimpin yang telus dan sentiasa dekat dengan mereka.Walauapapun keputusanya nanti perubahan mesti berlaku baik daripada parti pemerintah sedia ada jika mereka masih mengekalkan kuasa manakala jika rakyat memilih pembangkang,perubahan yang di"gahkan" perlu di kotakan.Apapun, pilihlah dengan bijak melalui kemudahan akal yang dianugerahkan Allah s.w.t untuk berfikir.
Friday, October 22, 2010
Pemuda UMNO dan 40 ulamak Muda bisu...
Astargfirullahalazim!!!Nama Nabi Muhammad s.a.w dipermainkan?Ya itulah satu hakikat umat Islam akhir zaman.Ketika umat Islam bangkit bagi membantah orang kafir yang mengaibkan Islam dalam pelbagai cara,ternyata perkara yang lebih aib adalah apabila umat Islam sendiri yang melakukannya.Datin Seri Rosmah adalah dalangnya yang tanpa segan silu dan rasa bersalah telah mencemarkan nama Islam.Ianya berlaku sempena Islamic Fashion Festival yang berlansung di luar negara.Apa yang lebih menduka-citakan umat Islam di Malaysia khasnya adalah festival itu turut dihadiri Perdana Menteri sendiri dalam majlis tersebut.Pertunjukan fasyen juga tidak menepati garis panduan yang ditetapkan Islam malah salah satu fasyen di ukir nama Nabi Muhammad s.a.w dlam keadaan terbalik dan bajunya memdedahkan sebahagian aurat wanita. Apa yang menghairankan kita kenapa pemuda UMNO tidak membantah dalam isu yang berkaitan maruah agama Islam dan dimanakah 40 ulamak muda yang menyertai UMNO baru-baru ini? Merka berhasratmenjalankan dakwah dalam UMNO bagi membetulkan kesilapan yang bertentangan dengan syariat Islam.Dalam setiap penentangan terhadap isu berkenaan Islam pemuda UMNO dilihat bersemangat mengadakan demontrasi jalanan.Namum kali ini apabila melibatkan pemimpim mereka senyap membisu seolah-olah tiada apa yang salah dalam isu tersebut.Inikah yang dikatakan sebagai pejuang Islam yang ingin memastikan kesujian agama Islam di bela?Mereka perlu berani untuk menegur kesalahan yang dilakukan oleh pemimpim mereka jika ingin melihat kesungguhan mereka dihargai rakyat.Malah penentangan juga boleh menjadikan mereka bukan "pak turut" semata-mata.Tidak guna sekiranya mereka sahaja yang bersungguh-sungguh untuk membela agama tetapi pemimpin mereka hanya sebagai "pemberak" merata-rata.Kesanya akan merosakkan kepercayaan rakyat dan rakyat terus menghukum mereka akibat dari "tahi" yang di buang oleh para pemimpin peringkat atasan mereka "ibarat bapak berak anak basuh".
Friday, October 8, 2010
UMNO perlu buktikan perpaduan dan PAS perlu hadiahkan kemenangan kepada Ku Li sebagai tanda terima Kasih atas sokongan Ku Li ......
Pilihan raya kecil DUN Galas bakal berlansung pada 4 November ini melibatkan PAS dan UMNO.Kedua-dua parti Melayu ini mempunyai peluang sama rata.Calon bagi mewakili parti masing-masing masih dirahsiakan.Namun kepimpinan Pemuda UMNO telah sebulat suara menyokong Tengku Razaligh Hamzah yang dikenali sebagai Ku Li manakala PAS masih lagi menyembunyikan calon ang bakal diumumkan.Jika Ku Li menerima sahutan dari Pemuda UMNO Kelantan ini akan menjejaskan peluang PAS mempertahankan kerusi tersebut.Dengan reputasi dan kredibili Ku Li sebagai Ahli Parlimen Gua Musang peluang untuk merampas kerusi tersebut agak cerah.Sesiapa pun calon PAS nanti tidak akan menjejaskan sokongan terhadap Ku Li.Walau apapun, kenyataan Tok Guru Nik Aziz terhadap saranan dari Pemuda UMNO Kelantan yang mahukan KU Li sebagai calon yang menyatakan bahawa kalangan UMNO hanya mahu menjatuhkan maruah Ku Li semata-mata kerana seorang bekas menteri ditakrifkan sebagai "turun pangkat" dan ini amat mengaibkan kredibiliti Ku Li sebagai seorang yang dihormati kawan dan lawan.Sebaliknya,kita juga dapat mentafsirkan bahawa PAS berasa tergugat jika Ku Li dilantik sebagai calon BN nanti.Kemungkinan peluang akan menjadi 60% UMNO manakala PAS 50% di atas kerta akibat pengaruh Ku Li di kawasan Gua Musang.Sungguh pun begitu,pertandingan tetap akan sengit.Disini juga kita dapat melihat isu perpaduan parti UMNO dan PAS dihidupkan kembali.PAS menuntuk UMNO membuktikan hasrat untuk mengukuhkan perpaduan dengan tidak bertanding dan memberi kerusi tersebut kepada PAS kerana kedua-dua parti tersebut adalah Melayu.Ini adalah masa yang sesuai untuk UMNO membuktikan bahawasanya mereka bersungguh-sungguh untuk bersatu dengan PAS dan seterusnya mengelak pembaziran wang rakyat.Sebaliknya jika UMNO tetap mahu bertanding rakyat akan berkata perpaduan yang dihulurkan kepada PAS hanya satu retorik malah UMNO hanya mahu memerangkap PAS semata-mata seterusnya dapat menyelamatkan UMNO untuk terus memerintah.PAS mungkin juga boleh membatalkan hasrat untuk bertanding jika Ku Li dicalonkan nanti.Ianya boleh di anggap sebagai hadiah dari PAS di atas sokongan Ku Li terhadap isu tuntutan royalti oleh kerajaan Kelantan.Dengan ini,reputasi PAS akan lebih dihormati.Jika ini berlaku,UMNO akan melihat keakraban di antara Ku Li dan Kerajaan Negeri sangat rapat dan sedikit sebanyak akan menarik perhatian rakyat di Gua Musang seterusnya akan menarik sokongan kepada PAS dalam pilihan raya umum ke 13 nanti.Penyokong setia Ku Li akan melihat PAS adalah rakan baru kepada Ku Li dan mereka mungkin akan membalas jasa PAS di pilihan raya ke 13 nanti.Apapun kita perlu menanti siapakah calon bagi kedua-dua parti tersebut.Yang pasti majoriti sebanyak 646 tidak boleh dijadikan kayu pengukur PAS akan berjaya mengekalkan kerusi tersebut.Ini adalah pilihan raya kecil yang mempunyi halangan yang tidak sama jika dibandingkan dengan pilihan raya umum.Justeru itu,sukar untuk di buat andaian siapakah akan memenangi kerusi tersebut dalam pilihan raya kecil itu nanti.
Subscribe to:
Comments (Atom)