Tuesday, December 15, 2009
Islam di Malaysia 'Realiti dan Harapan"
Pada 12/12/09 bertempat di Kota Bharu berlansungnya Wacana Perdana bertajuk Islam di Malaysia 'Realiti dan Harapan". Wacana tersebut disertai oleh ahli panel yang terdiri daripada Dato Nik Amar, Dato Asri, Dato Nakaei dan wakil Umno Ustaz Affendi serta di moderator oleh Professor Agus dari UKM. Perbincangan tentang tajuk tersebut berlansung dalam keadaan agak tegang tetapi terkawal. Ini kerana terdapat sebahagian penonton yang memekik dan agak emosi terhadap hujjah dan peribadi ahli panel. Selain itu juga kekeliruan yang ditimbulkan oleh ahli panel itu sendiri apabila enggan menjawab soalan yang diajukan oleh moderator majlis. Apa pun pujian harus diberikan kepada penganjur kerana berjaya mengawal keadaan dan malah penganjuran wacana ilmu sebegitu dapat mencambahkan pemikiran pononton yang hadir selain dapat mendengar sendiri hujah dari ahli panel terhadap tajuk perbincangan. Apa yang menjadi persoalan pada saya adalah serangan dari penonton terhadap isu Wahhabi yang ditujukan kepada Dato Asri oleh beberapa individu yang bertentangan dengan pegangan individu tersebut. Isu ini memerlukan perbincangan khas dan keterangan daripada mereka yang arif tentang pegangan Wahhabi adakah benar mereka menyeleweng dari pegangan Islam. Apa pun jika dilihat raut wajah Dato Asri yang merupakan bekas Mufti Perlis amat jernih dari individu yang memekikkan Wahhabi sesat. Justeru itu pada pendapat saya mungkin benar ada pengamal Wahhabi sesat tetapi mungkin juga ada yang sebaliknya sebagaimana umat Islam yang berpegang kepada Imam Syafie serta lain-lain Mazhab islam. Diharap mereka yang pakar tentang isu Wahhabi dapat membantu kami yang terus buntu terhadap isu tersebut. Terangkanlah kepada kami dan jangan biarkan mereka yang tidak faham terus dibelunggu dalam ketidak fahaman tersebut.Diharap juga mereka yang terlalu taksub mengatakan Wahhabi sesat dapat menilai dengan akal yang waras demi membentuk masyarakat Islam yang tanpa berpecah belah dengan isu tersebut. Apa pun kepada pihak kerajaan pusat berbalaku adil lah kepada rakyat Kelantan di bawah pimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz kerana wang hasil bumi Kelantan adalah hak rakyat. Sedah terang lagi bersuluh anda memang ada niat tersembunyi untuk melihat kepimpinan Islam menjadi lemah dan untuk memperlihatkan kepada rakyat Malaysia bahawasanya cara pemerintahan berteraskan Islam di Kelantan mundur dan tidak membangun sebagaimana anda menarik royalti di Terengganu pada ketika mereka di sokong oleh rakyat. Allah telah murahkan rezeki kepada rakyat dan kerajaan Kelantan dan jangan sesekali anda menyekat rezeki mereka. jangan sampai doa orang yang di zalimi di terima Allah kerana doa tersebut teramat berkat disisi Allah yang Esa. Amin....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment