Kecoh 1 Malaysia akan doa bala dari TGNA kepada PM Malaysia. Media arus perdana telah mengekploitasikan doa TGNA bagi tujuan tersembunyi mereka serta dalam usaha membantu pihak kerajaan terutama UMNO untuk memburukkan TGNA sekaligus untuk menawan Kelantan dalam PR13 nanti. Ini lah permainan politik UMNO bagi mengekalkan kuasa di saat rakyat lari daripada mereka. Di sini saya ingin memperlihatkan beberapa peristiwa yang dapat menjadi pengukur kepada keberkatan doa TGNA terhadap mereka yang menganiayai TGNA.
1)YB Dato Ibrahim Ali(Parlimen P.Mas)
TGNA pernah mendoakan agar Allah S.W.T menkucar-kacirkan mereka yang memusuhi PAS dalam memperjuangkan Islam. YB Ibrahim Ali di masa itu merupakan individu yang lantang menentang PAS serta memfitnah TGNA. Sebelum pilihan ke 11 YB Dato Ibrahim Ali telah di singkirkan dari memegang jawatan pengurusi perhubungan UMNO Kelantan. Di sinilah bermulanya kemelut YB Dato Ibrahim Ali sehingga di buang dari partinya setelah membuat keputusan untuk bertanding sebagai calon bebas. Jika diperhatikan YB Dato Ibrahim Ali pernah menyarankan agar pentadbiran di Putrajaya menjemput TGNA untuk bersolat hajat dan berdoa di Putrajaya untuk memohon keberkatan dan menjauhi dari segala permasalahan "tinggkat 4" pada zaman pemerintahan Tun Abdullah Badawi. Inilah bukti yang jelas bahawa Yb Dato Ibrahim Ali memperakui akan keberkatan doa TGNA. Malah beliau sendiri pernah berpesan kepada UMNO jika mahu berkempen di Kelantan jangan sesekali memburukkan TGNA. Ini juga merupakan satu lagi bukti akan tahap keimanan TGNA serta pengaruh yang besar TGNA di kalangan rakyat di Kelantan yang lebih dari pemimpin UMNO.Buka pintu pejabat dengan doa serta solat Dhoha memohon keberkatan yang Esa.
2)Datuk Mohd Zaid Ibrahim (Bekas Ahli Parlimen Korta Bharu)
Semasa menjadi Ahli Parlimen dia adalah individu yang menentang pelaksanaan HUkum Hudud sehingga pernah mengugut Kerajaan negeri untuk mencabar di mahkamah jika melaksanaan Hukum Hudud di Kelantan. Jika dipehatikan Zaid Ibrahim telah menerima padah dari keberkatan doa TGNA setelah di buang dari UMNO. Mungkin di buang dari UMNO dilihat bukan perkara ber4sangkut paut dengan doa TGNA tapi kita haruslah menilai doa TGNA dengan mendalam iaitu memohon Allah S.W.T menunjukkan jalan kepada mereka yang menentang usaha untuk mendaulatkan syariat Allah S.W.T. Sekarang Zaid Ibrahim telah pun memilih menentang UMNO melalui PKR.
3)Datuk Seri Zainuddin Maiden (Bekas Menteri Penerangan Malaysia)
Beliau pernah di gelar "budak nakal" oleh TGNA. Semasa kuasa di tangan, beliau sering mempergunakan saluran perdana untuk menyerang TGNA tanpa belas kasihan. Namun berkat doa TGNA telah membuatkan beliau kalah dalam PR12 oleh seorang yang sepatutnya tidak berupaya mengalahkan beliau iaitu Johari Abdul dari PKR. Mungkin anda tidak beranggapan begitu tapi berlaku gelombang rakyat yang menyebabkan beliau tewas. Tapi anda harus tahu ada kuasa yang akan membantu membangkitkan gelombang rakyat dan jangan lupa akan doa TGNA apabila dia memohon petunjuk kepada mereka yang menzalimi beliau. Apa pun beliau masih lagi belum mengertikan akan hikmah di sebalik kejadian dan tetap berusaha menfitnah TGNA.
4)Barisan Nasional
Dalam setiap usaha yang dilakukan oleh Barisan Nasional umumnya dan khasnya UMNO untuk memporak-perandakan Pakatan Rakyat umumnya dan PAS di Kelantan khasnya telah di terbalikkan natijahnya keatas mereka sendiri. Ini berikutan masalah yang dihadapi mereka silih berganti tanpa sempat untuk mereka beradu dengan lena. Boleh dikatakan doa dari TGNA telah di terima oleh Allah S.W.T setelah mereka sering menyerang PAS dan TGNA tanpa mempudulikan sempadan yang dibenarkan yoleh yang Maha Esa. MIC,MCA,PPP adalah satu contoh masalah yang mendatangkan beban kepada mereka. Walaubagaimanapun UMNO juga menghadapi krisis yang amat rumit setelah mereka sering kali berdepan dengan gejala rasuah dan pertelingkahan sesama mereka seperti di Terengganu, Perlis dan sebagainya. Cuba anda bayangkan macam mana perkara sedemikian berlaku jika tidak kerana berkat doa dari seorang yang terus menerus dizalimi.
Di harap penulisan saya ini dapat membantu anda yang tidak mengerti akan keberkatan doa TGNA secara lansung atau pun tidak lansung. Ketahuilah TGNA adalah manusia biasa yang sentiasa beribadat kepada Allah S.W.T serta memperjuangkan syariat Islam sebagaimana yang di tuntut Allah S.W.T di atas muka bumNya.Sekurang-kurangnya kita jyang jauh dengan Allah S.W.T dapat menumpang keberkatanya selagi dia masih ada. Semoga Allah S.W.T panjangkan umur beliau serta memberikan kesihatan yang baik dan di lindungi dari anasir-anasir liar terhadapnya. Gunakan dia selagi dia masih dapat kita lihat,dengar dan berjumpa. Jangan menyesal nanti selepas pemergianya. Ilmunya untuk kita dan generasi kita. Ikhlas dari aku dan akal.............
No comments:
Post a Comment