Wednesday, January 27, 2010

Islam perlukan cendikiawan bercakap tahu buat.....

Kita mempunyai cendikiawan yang ramai tetapi semuanya hanya tahu bercakap tetapi tidak tahu buat. Bila bercakap tentang halal haram makanan kita yang di makan setiap hari terlalu banyak haramnya dalam kandungan bahan makanan tersebut. Sama juga dalam beberapa bidang lain yang mana kita beli dari orang lain. Dengan kuasa yang ada kita tetap terkebelakang dari jiran dan pesaing.Selain itu, bila bercakap tentang isu pembangunan sosial kita belum mampu mengatasinya malah terus di perlekehkan oleh pesaing kita. Sebagai contoh yang mungkin boleh dijadikan contoh adalah tahap sosial yang tinggi dan terus meningkat, kemiskinan tegar dan sebagainya. Islam telah menggariskan cari dan strategi yang boleh membantu kita mengatasi setiap masalah tersebut tetapi umat Islam sendiri tidak melaksanakan kaedah tersebut. Jika di gunakan duit dari sumber zakat sudah tentu si miskin tegar akan dapat dihapuskan dan jika pendidikan Islam diperkasakan sudah tentu pemahaman tentang setiap perkara difahami. Malah jika cendikiawan dapat menerbitkan dan menterjemahkan setiap ilmu dari apa yang dia tahu seterusnya berani mencubanya sudah tentu yang susah akan jadi senang, yang ada akan tiada dan yang tiada akan ada harapan jika cendikiaan kita tahu buat selepas bercakap.

Hanya bangga pada sejarah tetapi tiada kesinambungan.........

Berbangga pada sejarah semata-mata akan hanya merugikan kita. Sering kita diceritakan dalam ceramah, diskusi dan pelbagai majlis rasmi atau tidak rasmi tentang kemegahan sejarah kita yang lalu. Bukan berti saya menidakan kepentingan sejarah tetapi persoalan yang timbul dalam pemikiran saya adalah bila memikirkan sejarah akan menjadi memorial dan pengembangan tidak berlaku pada generasi baru umat Islam seperti mana apa yang terpahat dalam sejarah lama.Justeru itu, persoalan akan di tanya oleh akal saya kenapa tiada pengembangan yang seterusnya untuk mencipta sejarah kegemilangan yang baru? Siapa yang bersalah dalam hal ini? Kita ada Ibnu Khaldun,ibnu sinar sebagai bapa kedoktoran pada sejarah lalu tetapi siapakah akan terpahat namanya untuk sejarah baru? Apakah sistem pendidikan kita masih kolot? atau kita hanya akan mencipta sejarah baru yang hanya menaikan nama sebagai pendaki Everest,pengayuh basikal mengelilingi dunia,dan apa bidang yang kurang memberi faedah kepada umat manusia akan datang.Olek kerana itu, kita perlu menumpukan penerokaan dalam bidang yang lebih berfaedah dari segalanya. ini kerana sejarah yang bakal tercipta itu pasti lebih bermakna untuk di megahkan.

Tuesday, December 29, 2009

Ayuh kita tumbangkan BN PR-13

Setelah sekian lama kita dipermainkan dengan pelbagai isu yang senya dan terus menyepi apakah kita akan terus membiarkan isu itu tanpa noktah? Satu penggal akan terus mencipta pelbagai karenah tentang "RASUAH" yang boleh menhancurkan negara kita. Lumpuhnya sedikit sebanyak perniagaan anak beranak YB UMNO di Selangor setelah kerajaan mereka tumbang di PR-12. Mereka bertempiaran lari mencari lubuk yang masih ada. Kita ada kuasa di tangan tp masanya hanaya setiap 5 tahun sekali. Berilah peluang pada mereka yang ada iman yang tinggi memerintah negara. Terlalu banyak isu besar yang terus menerus di bongkar akan tetapi terus di "lindungi" tanpa ada penjelasan kepada rakyat. Isu Altantuya, Teoh, Royalti Kelantan, VK linggam,Eric chia, dan sebgainya harus ada jawapan yang jelas dari pihak bertanggung jawab. Sampai bila kita harus tunggu dan menjadi dunggu?

Pokok unik...







Monday, December 28, 2009

Statistik anak luar nikah

Tanda-tanda akhir zaman ialah zina bermaharajalela. Statistik di bawah dari tahun 1999 sehingga 2003. Sebanyak 30, 978 dari 70,430 kelahiran anak luar nikah ialah dari anak orang Islam. Selangor menjuarai dengan 12,836 orang.

STATISTIK

Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.

Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!

Di Malaysia, anak luar nikah dalam maksud pendaftaran kelahiran terdiri daripada kanak-kanak yang dilahirkan oleh pasangan ibu bapa yang tidak berkahwin tetapi maklumat dimasukkan ke dalam daftar dan sijil kelahiran. Pendaftaran tersebut dibuat di bawah peruntukan pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf.

Ada sesuatu yang luar biasa pada sijil kelahiran anak tidak sah taraf. Nombor sijil yang lazimnya tertera di bahagian kanan dokumen, dicetak di bahagian bawah. Ini menunjukkan bahawa pemiliknya tidak mengetahui ayah kandungnya.

Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang ISLAM.

Statistik ini sehingga tahun 2003. Kalau sampai tahun 2009 ni mungkin dah beratus ribu agaknya.

suber dari:http://isuhangat.blogspot.com/2009/11/statistik-pendaftaran-kelahiran-anak.html

Askar siam kena potong kepala............

Fuh dasyat kepala askar siam kena potong & di buang ke sungai...












Tuesday, December 15, 2009

Islam di Malaysia 'Realiti dan Harapan"

Pada 12/12/09 bertempat di Kota Bharu berlansungnya Wacana Perdana bertajuk Islam di Malaysia 'Realiti dan Harapan". Wacana tersebut disertai oleh ahli panel yang terdiri daripada Dato Nik Amar, Dato Asri, Dato Nakaei dan wakil Umno Ustaz Affendi serta di moderator oleh Professor Agus dari UKM. Perbincangan tentang tajuk tersebut berlansung dalam keadaan agak tegang tetapi terkawal. Ini kerana terdapat sebahagian penonton yang memekik dan agak emosi terhadap hujjah dan peribadi ahli panel. Selain itu juga kekeliruan yang ditimbulkan oleh ahli panel itu sendiri apabila enggan menjawab soalan yang diajukan oleh moderator majlis. Apa pun pujian harus diberikan kepada penganjur kerana berjaya mengawal keadaan dan malah penganjuran wacana ilmu sebegitu dapat mencambahkan pemikiran pononton yang hadir selain dapat mendengar sendiri hujah dari ahli panel terhadap tajuk perbincangan. Apa yang menjadi persoalan pada saya adalah serangan dari penonton terhadap isu Wahhabi yang ditujukan kepada Dato Asri oleh beberapa individu yang bertentangan dengan pegangan individu tersebut. Isu ini memerlukan perbincangan khas dan keterangan daripada mereka yang arif tentang pegangan Wahhabi adakah benar mereka menyeleweng dari pegangan Islam. Apa pun jika dilihat raut wajah Dato Asri yang merupakan bekas Mufti Perlis amat jernih dari individu yang memekikkan Wahhabi sesat. Justeru itu pada pendapat saya mungkin benar ada pengamal Wahhabi sesat tetapi mungkin juga ada yang sebaliknya sebagaimana umat Islam yang berpegang kepada Imam Syafie serta lain-lain Mazhab islam. Diharap mereka yang pakar tentang isu Wahhabi dapat membantu kami yang terus buntu terhadap isu tersebut. Terangkanlah kepada kami dan jangan biarkan mereka yang tidak faham terus dibelunggu dalam ketidak fahaman tersebut.Diharap juga mereka yang terlalu taksub mengatakan Wahhabi sesat dapat menilai dengan akal yang waras demi membentuk masyarakat Islam yang tanpa berpecah belah dengan isu tersebut. Apa pun kepada pihak kerajaan pusat berbalaku adil lah kepada rakyat Kelantan di bawah pimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz kerana wang hasil bumi Kelantan adalah hak rakyat. Sedah terang lagi bersuluh anda memang ada niat tersembunyi untuk melihat kepimpinan Islam menjadi lemah dan untuk memperlihatkan kepada rakyat Malaysia bahawasanya cara pemerintahan berteraskan Islam di Kelantan mundur dan tidak membangun sebagaimana anda menarik royalti di Terengganu pada ketika mereka di sokong oleh rakyat. Allah telah murahkan rezeki kepada rakyat dan kerajaan Kelantan dan jangan sesekali anda menyekat rezeki mereka. jangan sampai doa orang yang di zalimi di terima Allah kerana doa tersebut teramat berkat disisi Allah yang Esa. Amin....