NILAI-Pada 16 November 2013 telah berlansungnya satu majlis yang dianjurkan oleh Taska Sri Bistari Ceria di Universiti Sains Islam Malaysia.
Penganjuran konsert dan majlis graduasi ini adalah bertujuan meraikan kanak-kanak di samping dapat meningkatkan tahap motivasi diri kanak-kanak yang bakal melangkah ke alam persekolahan. Acara gilang-gemilang ini diadakan setiap tahun oleh pengurusan taska.
Kehadiran ibu bapa memeriahkan lagi majlis ini disamping dapat mengeratkan silaturrahim ibu bapa dengan guru-guru dan pihak pengurusan taska.
Para ibu bapa dijemput untuk bersama-sama anak mereka bagi memberi peransang kepada anak-anak mereka yang kesemuanya terlibat dalam persembahan pada hari tersebut.
AkudanAkal sangat tertarik dengan kerjasama yang ditunjukkan oleh ahli keluarga pihak pengurusan taska demi menjayakan acara tahunan taska pada setiap tahun.
Sifat kerjasama antara ahli keluarga yang saling bantu-membantu menjadi perencah utama kejayaan dan kegemilangan Taska Sri Bistari Ceria yang cukup dikenali oleh warga Bangi.
Selain pada itu,silaturrahim antara pihak pengurusan dengan guru-guru mereka juga bagaikan sebuah keluarga.Pihak pengurusan meraikan guru-guru mereka dengan menyediakan pelbagai inisiatif antaranya mengadakan percutian pada setiap tahun dan sebagainya.
Dengan adanya guru-guru yang bermotivasi tinggi membolehkan sistem pembelajaran di taska ini berjalan dengan lancar.
Mereka berjaya mengajar kanak-kanak erti kehidupan dan menterjemahkan dalam bentuk persembahan.Ini bukanlah satu kerja yang mudah namun,kecekapan pihak pengurusan taska yang dibimbing oleh Puan Mona Liza Binti Fauzi telah meletakan nama Taska Sri Bistari Ceria dikalangan taska pilihan di Bangi.
Acara seperti persembahan oleh kanak-kanak Taska Sri Bistari Ceria cukup mencuit hati para ibu bapa yang hadir.
Keletah mereka yang berlakon,menari, berpuisi,bernasyid dan sebagainya mengundang gelak ketawa ibu bapa mereka.
Ruang dewan dipenuhi para ibu bapa yang hadir dari pukul 9 pagi membawa bersama anak-anak mereka yang lain.
Majlis ini telah dipengerusikan oleh Puan Mona Kartini Binti Fauzi yang merupakan adik kepada pengurus taska.
Bijak bermain kata-kata menghidupkan suasana dalam dewan yang dihiasi indah pada hari tersebut.
Salah seorang ibu menerima hadiah cabutan anak bertuah.Cabutan anak bertuah ini diadakan untuk meraikan ibu bapa yang hadir pada hari tersebut.
Pengurus taska menyampaikan hadiah kepada penerima cabutan anak bertuah pada majlis sesi 2013.
Ibu bapa seolah-olah tidak mahu berganjak dari tempat duduk bagi memberi tumpuan kepada setiap persembahan oleh anak-anak Taska Sri Bistari Ceria.
Terdapat juga gerai-gerai jualan disediakan untuk kemudahan ibu bapa membeli makanan dan buku bacaan.
Persembahan zapin
Segak berkaca mata dalam persembahan lakonan.
Berinteraksi antara mereka dalam lakonan
Para graduasi yang bakal menerima sijil graduasi masing-masing.
Majlis penyampaian sijil graduasi
Semoga anak-anak didikan Taska Sri Bistari Ceria akan terus maju di masa hadapan.Mereka telah dicorakan dengan asas pendidikan awal kanak-kanak secara jitu oleh guru-guru taska ini.
Pesanan AkudanAkal agar mereka akan mengenang kembali tempat pembelajaran awal mereka setelah masing-masing berjaya kelak.
"Tanpa asas tidak kukuh rumah yang dibina"
Tuesday, November 19, 2013
Tuesday, November 5, 2013
Musnahnya Pantai Irama Bachok
Pantai Irama yang terletak di daerah Bachok Kelantan suatu ketika dahulu sungguh indah.Disinilah salah satu tempat bagi warga Kelantan bersantai bersama keluarga.
Walaubagaimanapun keindahanya kini jauh berbeza sama sekali akibat dari kelewatan pihak berwajib mengambil tindak sewajarnya 10 tahun yang lepas.Kini pantainya sudah musnah sama sekali akibat berlaku hakisan yang sangat teruk.
Setelah melihat papan tanda ini terasa sedih sekali kerana tindakan yang sepatutnya di ambil 10 tahun yang lepas baru kini dijalankan.
Batu-batu bukit dijadikan benteng menahan ombak bagi mengelakan hakisan yang lebih teruk.Akibat perangai "tunggu rosak baru nak baiki" inilah menjadi punca kemusnahan pantai ini.
Kelihatan hakisan pantai yang memusnahkan keindahan pantai Irama.Sebagaimana musnahnya pantai Cahaya Bulan begitulah nasib pantai Irama ini.
Jika dahulu nama pantai ini cukup indah dan berirama tetapi kini tiada lagi keindahan dan iramanya.
Kerja-kerja membuat benteng sedang giat dijalankan oleh kontraktor.Namun,usaha ini hanyalah untuk merosakan keindahanya semata-mata tiada lagi keindahan semulajadi pantai ini.
Akudanakal pernah mengunjungi pantai di Narathiwat Thailand suatu ketika dahulu.Kelihatan benteng telah lama di bina bagi menahan ombak besar pada musin tengkujuh.
Ternyata mereka lebih berfikiran kreatif dan berpandangan jauh dari "jabatan" kita.Mereka buat sebelum kemusnahan berlaku.Ini adalah cara terbaik jika mahu mengekalkan keindahan pantai yang berisiko ombak besar.

Subscribe to:
Comments (Atom)