Friday, January 11, 2013

Polis sendiri membuat propaganda...ada gambar..

Propaganda...oh propaganda...Jangan main-main dengan propaganda...Baru-baru ini telah berlansung satu sesi "basuh otak" di Kota Bharu..Sesi ini merupakan sesi penerangan jenayah dan isu-isu semasa.Namun,hanya beberapa minit selepas itu sesi bertukar kepada propaganda politik yang memburukan pembangkang dan memuji kerajaan.

Wajarkah pihak polis bertindak sedemikian malah turut membuat propaganda tentang keburukan memilih pembangkang terutama DAP.Tidak sepatutnya polis yang diamanahkan rakyat menjaga keamanan negera bertindak melancarkan propaganda sedemikian..

Berikut adalah beberapa gambar yang sempat saya rakamkan..

 Penceramah berpropaganda laungan Azan tidak dibenarkan jika PR memerintah..
 Seorang polis perlu berlaku adil kepada semua.Jika mahu bercakap politik mereka perlu bercakap diluar waktu bertugas @ terus menyertai parti politik..Tidak menjadi kesalahan kepada pihak polis untuk menyokong mana-mana pihak tetapi janganlah membenarkan mana-mana pihak menggukan anda untuk menjadi jurucakap politik mereka.gaji yang anda terima juga hasil cukai yang dibayar oleh rakyat yang menyokong pembangkang.Apakah anda yang bercakap untuk UMNO/BN akan meletak jawatan sekiranya ditakdirkan PR menjadi kerajaan kelak?
Islam tidak melarang perkahwinan campur malah Islam menuntutnya..dengan syarat lelaki mahupun perempuan perlu memeluk agama Islam jika ingan berkahwin dengan lelaki@perempuan Islam.

Isu ini pun nak dipropagangdakan..nak bercakap pasal agama biarlah berilmu dulu..Jangan main hentam saja..
 Memainkan isu sebegini amatlah memalukan kerana penghapusan sekolah agama rakyat dulu telah dilakukan oleh Tun M...di mana suara menentang pihak polis pada ketika itu?
Komunis lagi...
 Pertubuhan Melayu yang rasis perlu lah dihapuskan..kalau bertujuan untuk menjaga Melayu janganlah terpekek telolong salahkan kaum lain..



 Aku rasa Mas rugi dulu sebab orang Melayu bawak lari duit..



 Ahhhh sudah...habislah kuasa Melayu...takutnyaaaaa...
Oit sapa yang eksport minyak sawit ke Israel?Sapa yang menggunakan penasihat orang Israel?Apco itu company dari mana?
 Haha Islam sendiri menyeru agar hari jumaat adalah cuti untuk beribadah..Dah terlaksana sekian lama di negeri Terengganu,Kedah dan Kelantan..





Apa yang ditunjukan dalam gambar di atas adalah merupakan gambar-gambar yang digunakan oleh penceramah sebagai propaganda untuk tujuan menakutkan rakyat.Pihak polis telah digunakan untuk melancar propaganda ini untuk menakutkan rakyat agar tidak memilih PR terutama DAP dalam PRU13 nanti.

Mungkin mereka ingat rakyat sebagai "kanak-kanak" yang ditakutkan agar tidak nakal..sebab itu mereka membuat propaganda sebegini...Hanya yang bodoh saja yang berasa takut tapi tidak kepada yang berilmu.. 


Thursday, January 3, 2013

Giant iklan ayam tak sembelih

 Apa yang tak kena pada gambar iklan ini?Ia bagaikan permainan cari barang tersembunyi.Seorang rakan saya telah terperasan gambar iklan ini lalu menunjukan kepda saya..apa lagi dasar blogger pantang dapat isu niru saja saya tadahkan..hehehhe

Adakah harganya?atau tulisan atau ayam?Jika anda seorang yang bermata cerah semestinya anda akan menjumpainya.

Ayam ini murah dan segar tp..........
Apa yang saya nak tunjuk ialah ayam ini tidak disembelih..Walaupun hanya gambar tapi bagaimana ayam ini dimatikan untuk dijadikan model ayam untuk pengiklanan?

Setiap apa yang nak diiklankan perlulah mengambil kira sensitiviti agama.Jika dilihat betul-betul ayam ini tiada kesan disembelih namun persoalanya, adakah supermarket ini menjual ayam tanpa sembelih atau menjual baangkai ayam..

Diharap pihak berwajib menyiasat perkara ini dengan teliti.