Sunday, August 12, 2012

Pemikiran pengundi atas pagar perlu dikaji..

PIlihan raya umum ke 13 mungkin akan dilansungkan awal tahun depan memandangkan tempoh penggal akan berakhir pada bulan 3 tahun depan.Situasi politik tanah air menampakkan persaingan sengit dari parti besar antara Barisan Nasional(BN) yang diketuai oleh UMNO manakala Pakatan Rakyat(PR) pula diketuai oleh PKR.

Secara analisa dari beberapa pengkritik politik dan ahli-ahli akademik persaingan pada kedudukan 50-50 di mana kedua-dua parti gabungan ini mempunyai kelebihan jika berjaya mempengaruhi pengundi atas pagar yang sukar untuk di ramal.Oleh yang demikian, kedua-dua pihak perlu bekerja keras untuk meyakinkan pengundi atas pagar jika mahu menang dalam pilihan raya ke 13 nanti.

Pemikiran pengundi "tanpa kecenderongan" yang jelas ini perlu dikaji segera oleh kedua-dua pihak.Golongan ini kebanyakanya hanya mendengar dan melihak isu-isu semasa malah kadang-kala lansung tidak dipedulikan.Bagi mereka politik "membosankan" dan "membuang masa" mereka semata-mata.Sesetengahnya pula beranggapan semua orang-orang politik itu sama saja kerana mereka berebut untuk berkuasa dan bila berkuasa lupa akan tanggung jawab kepada rakyat.

Ada juga mengatakan golongan yang menceburi bidang politik ini hanya ingin mengambil kesempatan terhadap kekayaan negera demi kepentingan peribadi,keluarga dan kroni masing-masing.Mungkin juga pandangan mereka berasas jika dilihat apa yang berlaku hari ini.Kes rasuah orang-orang politik satu persatu didedahkan oleh media dan kes pemberian projek-projek mega kepada kroni dan ahli keluarga.

Antara ungkapan yang biasa kita dengar apabila kita bertanya parti manakah yang akan dipilih? Mereka akan kata tidak menyokong mana-mana parti bertanding.Mereka juga berasa rimas dengan budaya "tuding menuding" dalam apa-apa isu yang dibangkitkan.Mereka tidak layan isu yang hangat dalam media massa tetapi merekta tetap pasang telinga dan berfikir sendirian tentang isu  berbangkit.

Secara lazimnya mereka akan membuat keputusan pada hari pengundian secara "protes" melalui peti undi.Sesetengah mereka membuat keputusan setelah mendengar penjelasan akhir oleh calon-calon bertanding dan ada juga antara mereka memelihat keperibadian calon-calon bertanding.

Kebuntuan mengkaji secara tepat karekter pengundi atas pagar bakal mengundang kekalahan dalam persaigan 50-50.Ini kerana,kedua-dua parti mempunyai peluang sama rata untuk menang.Oleh itu, pengundi atas pagar adalah penentu kemenangan mereka.

Mereka juga sukar dipengaruhi mana-mana pihak tetapi mudah bersimpati kepada mana-mana pihak pada saat akhir.Oleh yang demikian,pihak bertanding perlu bijak mengatur isu-isu yang boleh mencuit perasaan simpati dari pengundi atas pagar.

Tuesday, August 7, 2012

Dato' Pa santuni warga Kota Bharu dengan agihan bubur lambuk

 Kehadiran Dato' Pa diperkarangan Bazar Ramadhan Stadium Muhammad Ke IV Kota Bharu memberi peluang pengunjung bertemu beliau secara bersemuka dalam majlis agihan bubur lambuk kepada pengunjung Bazar.
 Sebelum upacara perasmian majlis agihan bubur lambuk.Majlis ini telah dirasmikan oleh Dato' Mustapha Muhammad.
 Dato' Pa melakukan upacara mengacau bubur lambuk secara simbolik kepada pengunjung.Sebanyak 2 periuk besar bubur lambuk disediakan untuk orang ramai.
 Kelihatan orang ramai menyaksikan Dato' Pa mengacau bubur lambuk sambil petugas lain mengisi untuk diagikan kepada orang ramai.
 Para wartawan dan orang ramai merakam gambar Dato' Pa dan Pengarah FAMA mengacau bubur lambuk.
 Kelihatan orang ramai mula membanjiri khemah bubur lambut untuk mendapatkan secara percuma.
 Sebanyak 500 bekas bubur lambut diagihkan kepada orang ramai.
 Orang ramai beratur panjang untuk mendapatkan bubur lambuk yang diberi sendiri oleh Dato' Pa.
 Dato' Pa sempat bertanya khabar warga Kota Bharu berkenaan perbagai perkara.




Dato' Pa sempat bergurau dengan pengunjung sambil menghulurkan bubur lambuk.