Perniagaan mempunyai etika-etikanya tersendiri baik dari segi sudut agama mahu pun sekular.Dalam ilmu perniagaan yang digunapakai di setiap negara di dunia lebih condong kepada teori barat iaitu sekular.Pelopor-pelopor barat berjaya mempengaruhi teori mereka kepada seluruh dunia bagi menunjukkan teori mereka berjaya.Di dalam Islam pula perkembanganya agak terlewat disebabkan tiada sesiapa yang berjaya membuktikanya kepada masyarakat dunia bahawasanya teori perniagaan Islam lebih praktikal dan selamat dan adil.Ini dapat dibuktikan dalam penggunaan mata wang Islam berlandaskan Dinar dan Dirham yang meletakkan nilai matawang di tahap yang lebih selamat dan kukuh dalam pasaran.Oleh itu,sebarang urusan dalam perniagaan lebih menguntungkan berbanding sistem perniagaan barat yang akhirnya bakal memiskinkan peniaga.Sebagai contoh,nilai pada RM1 boleh menjadi kurang disebabkan pertukaranya yang jatuh berbanding nilai 1dinar atau 1dirham yang kukuh.Jika para peniaga atau usahawan menyimpan RM1juta pada masa ini berkemungkinan nilai itu akan berkurangan atau tiada nilai,tetapi nilai dinar dan dirham tetap mempunyai nilai yang kukuh malah bertambah.Pada hakikatnya, orang-orang Islam sendiri tiada usaha untuk memperjuangkannya malah mudah terpengaruh dengan penggunaan dalam bentuk note yang nilainya terumbang-ambing.Cetakan wang kertas oleh barat atau lebih tepat dikatakan pengeluaranya di lakukan oleh Yahudi merupakan satu keuntungan mudah tanpa perlu ada apa-apa bentuk pertukaran yang menguntunkan kedua-dua belah pihak.Bagi negara-negara yang menggunakan wang kertas,mereka terpaksa menggadaikan pasaran mereka hanya untuk memperolehi wang tersebut.Akhirnya,pergangtungan akan berterusan tanpa mampu berbuat apa-apa.Inilah satu perkara yang merugikan umat Islam untuk jangka masa panjang.Sistem matawang dinar dan dirham tidak berjaya di komersialkan atas sebab kita tunduk dengan tekanan barat.Kita juga gagal sama sekali mempertahankanya malah tidak pula berusaha lebih gigih untuk membuktikan teori penggunaan dinar dan dirham ini merupakan satu sistem pertukaran matawang yang sangat efisyen dan adil bagi semua termasuklah dalam urusan perniagaan.Kini negara barat mula menyedari akan kestabilan matawang berasaskan emas dan perak dan mereka telah mula mengumpul emas sebagai aset tahan lama.Jika ini masih kita tidak sedar alangkah lebarnya senyuman sinis mereka pada kita orang Islam.
Selain itu,pendekatan ilmu perniagaan Islam yang menitik beratkan sifat ikhlas dan jujur dalam berurusan.Nabi Muhammad s.a.w pernah meriwatkan dalam hadisnya yang bermaksud 9/10 kekayaan adalah dari perniagaan.Ini menunjukan pada kita teori yang dinyakan oleh Nabi Muhammad s.a.w merupakan satu teori yang sangat realistik.Namun rata-rata orang Islam gagal mengambil peluang dalam bidang perniagaan sedangkan tiada pula dalam teori keluaran barat menyipulkan bidang ini seringkas teori Nabi Muhammad s.a.w.Kita sendiri dapat melihat bagaimana masyarakat Cina menjadi kaya raya dengan menceburi bidang perniagaan.Teori mudah Nabi Muhammad s.a.w iaitu 9/10 kekayaan adalah dari bidang perniagaan gagal kita terjemahkan dalam masyarakat kita.Kegagalan ini juga menunjukkan kita juga gagal dalam membuktikan teori perniagaan Islam benar.Ini kerana penguasaan dalam dunia perniagaan dipolopori orang kafir yang berbangga dengan teori mereka.Dimanakah cerdik pandai kita yang dikatakan "brilliant" itu?ke manakah para pemikir kita yang tersohor itu?Apakah kajian yang dibuat oleh para pengkaji kita yang mempunyai pangkat professor?Adakah mereka ini menyumbang dalam pembangunan ilmu kita?Atau mereka juga bersekongkol dengan teori perniagaan barat sehingga menyembunyikan teori agung Islam.Inilah dikatakan satu kerugian pada umat Islam sekiranya kita sentiasa "menceduk membuta tuli" teori barat tanpa mebuat satu analisa konprihensif ke atas teori kita sendiri.Namun itu, baru kini kita sedari bahawa matawang dinar dan dirham benar-benar kukuh dan bidang perniagaan itu satu lubuk kekayaa.Alangkah baiknya jika dari dulu lagi kita sedari tentang teori-teori ini.seperti kata pepatah gajah depan mata kita tidak nampak kumbang diseberang kita nampak.Peningkatan harga emas dan perak telah membuatkan kita sedar tentang jawapan teori Islam yang kita pelajari dulu.Kekayaan orang-orang kafir melalui bidang perniagaan telah membuka mata kita tentang teori 9/10.
Dalam sistem perbankan Islam juga memperlihatkan realitinya dalam menjalankan perkhimatan pnjaman mahupun melibatkan jual beli berbanding sistem konvesional yang menjana keuntungan berasakan riba.Di dalam sistem Islam pijaman yang mempunyai riba ditegah sama sekali untuk mengelakan berlaku penindasan terhadap pelanggan.Iainya seakan satu jangkaan apabila kita mengambil kira kewujudan teori ini.Dengan berpandukan situasi di negara eropah yang dihimpit masalah negara yang menyebabkan negara mereka diistiharkan muflis.Keadaan tidak akan berlaku sekiranya mengguna pakai sistem perbankan Islam yang lebih terjamin.
Secara kesimpulanya,para cendikiawan kita perlu lebih berani memperjuangkan teori yang terdapat dalam keilmuan Islam.kajilah sedalam mungkin maksud tersirat yang terdapati pada setiap lapangan bidang asalikan ianya mendatangkan faedah kepada seluruh umat manusia khasnya umat Islam.Beranilah kita memperjuangkanya demi membuktikan kepada orang-orang kafir bahawasanya cara berekonomi kita lebih tepat serta adil dari kepada manusia.Tiada penindasan berlaku malah memberi keadilan kepada semua.Ingat!!! Islam sebagai "The way of life".
Tulisan..
Ramzi Ahmad aka AkudanAkal
BBA(HONS) MARKETING
15/01/2012
11.42pm
Sunday, January 15, 2012
Bila usia semakin senja
Aku dah tua,korang masih muda jangan lah jadi macam aku dulu..tentu sekali anda pernah mendengar ayat ini bukan?Nasihat dari mereka yang berusia kepada orang muda.Tapi itulah hakikatnya bila usia semakin senja,mereka yang tua akan menasihati dan memperingati orang yang masih muda.Namun,ada sesetengah golongan berusia kadang kala mencerca perbuatan golongan muda yang dilihat keterlaluan seperti perbuatan merempit,melepak dan sebagainya. Apa yang pasti golongan tua yang semakin senja cuba memberi nasihat yang berguna pada anak muda agar perbuatan tak berfaedah dihentikan.Lumrah kehidupan,bila dah senja ingat dosa pahala tapi masa muda lebih kurang sama saja.hehehhe
Apapun kita perlu ingat sebagai orang muda.. kita sendiri perlu menjadi golongan muda yang berguna dan perlu sentiasa ingat mana yang baik dan mana yang buruk.Jangan nanti baila dah tua baru kenal baik buruk.Nak bagi nasihat kat anak muda tu perkara baik tapi jangan terlalu kejam sebab masa anda muda-mudi dulu lebih kurang juga degilnyakan?Tujuan AkudanAkal tulis pasal ni bukan apa kadang-kadang naik meluat dengan orang tua yang berapi2 marah kat orang muda macamlah dorang dulu baik sangat padahal perangai dulu lagi teruk pun ada dari orang muda sekarang.Lagi satu AkudanAkal nak ingatkan orang muda agar jangan buat perkara tak baik tu dari zaman kita muda ni sebab bila dah tua orang muda lepas tu tak ada point untuk menyalahkan kita.Jadi anda semua yang muda-muda perlu lah tanamkan azam untuk tak buat perkara2 yang salah baik disisi undang2 mahupun agama..Jaga tingakah laku kita sekarang agar kita lebih tenang bila dah tua nanti..Nasihat untukku dan untuk mu jua..kikiik
Subscribe to:
Comments (Atom)