Tuesday, June 28, 2011

Media kita jahat....pembersihan perlu dilakukan....

Media di negara kita sering kali di ekploitasi oleh kerajaan dalam melaporkan hal perkaitan politik tanah air.Melalui televisyen dan akhbar arus perdana kita dapat melihat betapa teruknya penguasaan kerajaan dalam mengawal media.Ini merupakan satu ke tidak adilan dalam prinsip media yang perlu melaporkan kebenaran berita.Seperti yang dapt kita lihat media agak terikut dengan arahan pihak kerajaan dalam isu yang dibangkitkan parti pembangkan malah lebih dasyat lagi apabila media dijadikan alat untuk melancarkan propaganda terhadap pembangkan bagi tujuan mengekalkan penguasaan politik negara.Menjelang pilihan raya tidak kira sama ada pilihan raya kecil atau umum media akan menjadi tungangngan untuk pihak kerajaan.Perkara ini telah memperlihatkan ketidak jantanan kerajaan dalam menangkis hujah pembangkang.Bila bercakap berkenaan kebebasan media pihak kerajaan diam sejuta bahasa.Apakah pihak media ini terpaksa atau dipaksa?Jika kita menuding kepada wartawan mereka mungkin terpaksa melaporkan setiap isu mengikut arahan majikan atau lebih tepat pihak atasan yang rata-ratanya mereka yang rapat dengan pemimpin parti politik kerajaan.Dikalangan rakyat pula melihat permainan ini sebagai satu yang teramat jijik dan meloyakan.Media hanya akan mempromosikan Barisan Nasional serta melancarkan serangan terhadap pembangkan.Pentas media hanya akan boleh digunakan oleh kerajaan untuk menyampaikan agenda akan datang tetapi bagi pihak pembangkan pentas media hanya untuk serangan dan propaganda.Apa akan berlaku jika media memberi keadilan kepada parti politik yang bertanding untuk menyampaikan agenda masing-masing kepada rakyat?Adakah pekerja media akan diberhentikan kerja atau lesen yang dikeluarkan di tarik balik?Rakyat mahu melihat pembersihan media berlaku bagi mengetahui kebenaran setiap laporan.....

Sunday, June 12, 2011

PAS =PARTI ISLAM SE-MALAYSIA tukar PARTI KEBAJIKAN SEMALAYSIA

Dalam sejarah penubuhan parti Parti Islam Se-Malaysia(PAS) dasar "Membangun Negara Islam" menjadi agenda utama parti itu.Namun,Pada perhimpunan Agong 2011 yang lepas memperlihatkan Dasar Negara Berkebajikan telah menjadi dasar baru PAS.Dasar ini telah menjadi satu isu baru malah dilihat "Bola Tanggung" kepada parti lawan.Antara mereka yang pantas membidas dasar PAS adalah Tun Dr Mahathir Muhammad yang mengatakan Islam dipermainkan semata-mata kerana kuasa dan beliau juga mengatakan DAP telah berjaya dalam penentangan terhadap perjuangan Negara Islam yang menjadi perjuangan PAS selama ini.Malah beliau turut menyindir dengan mengatakan Karpal tidak perlu mati untuk PAS melangkah mayatnya.Ada juga yang memberi saranan agar PAS menukar nama parti sebagai Parti Kebajikan Se-Malaysia.Inilah beberapa serangan yang bertali arus dari kalangan parti lawan.Apa pun PAS perlu melakukan sebanyak mungkin penerangan agar serangan-serangan tersebut tidak menjadi satu "swing thinking" dikalangan masyarakat.Jika PAS gagal untuk membuat penerangan berkemungkinan pengundi atas pagar akan menolak mereka dalam PRU 13 nanti.Apa pun AkudanAkal lebih memahami dasar baru PAS ini hanya sebagai satu strategi dalam mendekati pengundi dan ini juga merupakan satu keputusan dari pemimpin utama agar parti dapat dilihat secara luas perananya dan tidak hanya menfokuskan pada kehendak umat Islam sahaja.Sperti mana kenyataan Tuan Guru Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang yang mengatakan bahawasanya Negara Kebajikan merupakan salah satu program yang ada dalam Negara Islam dan ianya ciri-ciri yang hendak dipertonjolkan kepada masyarakat umum yang terdiri pelbagai kaum.Apapun PAS perlukan satu penerangan yang agresif dalam kekangan media yang mereka ada bagi tujuan promosi dan penerangan jika nak dibandingkan dengan pihak kerajaan yang menguasai segala media terutama melalui televisyen dan radio.Inilah satu cabaran yang perlu dihadapi oleh PAS dalam menghadapi PRU 13...

Saturday, June 4, 2011

Lebih 50 Tahun:Mungkinkah sejarah baru akan dicipta di bumi bertuah ini...

Sudah lebih 50 tahun negara kita diperintah oleh satu kerajaan yang dikenali sebagai Barisan Nasional (BN) atau awalnya dikenali sebgai Perikatan gabungan antara 3 parti iaitu deketuai oleh parti UMNO,MCA dan MIC.Parti inilah yang mencorakkan hala tuju negara kita sejak mengambil tampuk pemerintahan oleh wakil penjajah British.Mungkin pada awalnya rata-rata lapisan rakyat memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada parti gabungan ini.Ini kerana kemenangan secara majoriti mudah telah membuktikan sokongan rakyat sentiasa utuh dan padu.Namun sejajar dengan arus kemodenan sumber maklumat dan peningkatan rakyat berpendidikan telah mengubah mitos pentadbiran para pemimpin Barisan Nasioanal.Rakyat melihat kekayaan pemimpin melampaui kemampuan malah kehidupan rakyat bertambah menekan dari hari ke hari bulan ke bulan dan tahun ketahun yang mungkin sehingga memasuki tahun 2020 yang akan mengisytiharkan Malaysia sebuah negara maju dari segi fasiliti namun bukan kualiti kehidupan rakyat.Apakah ramai diantara rakyat mahu melihat pertukaran pemerintahan negara kepada gabungan baru iaitu Pakatan Rakyat yang diwakili oleh PAS,PKR dan DAP?Gabungan ini telah berjaya merampas 4 negeri dalam PRU ke 12 lalu.Ini mungkin menjadi satu titik tolak kemahuan dan impian rakyat untuk melihat pertukaran kerajaan.Tetapi adakah dalam PRU ke 13 ini bakal menyaksikan tsunami politik negara berlaku sepenuhnya?Jika masih gagal menumbangkan Barisan Nasional dalam PRU ke 13 adakah ini membuktikan rakyat masih percayakan BN di bawah kepimpinan DatoNajib?dan haruskah pembangkang membukarkan saja Pakatan mereka atau terus bersama bagi merealisasikan impian rakyat sehingga tercapai.Sama-samalah kita menyaksikan apakah ada sinar untuk melihat Pakartan Rakyat memimpin negara nanti.Mungkinkah sejarah baru akan dicipta di bumi bertuah ini...