Tun Razak - Najib Tun Razak(Generasi ke 2 bergelar PM)
Tun Hussain Onn - Hisyamuddin Tun Hussain
Anwar Ibrahim - Nurul Izzah Anwar
Mohd Azahar Ibrahim- Ibrahim Daud
Chua Soi Lek - Chua Tee Yong
dan ramai lagi.........................
Jika dilihat senarai di atas,pemimpin berganti dikalangan anak-beranak.Bayangan kehebatan seorang bapa yang menjadi pemimpin masyarakat telah meninggalkan kesan berpanjangan untuk generasi seterusnya.Kesan yang jelas dapat dilihat apabila anak-anak bekas pemimpin di angkat oleh masyarakat.Apa kehebatan yang mereka miliki sebenarnya?Sumbangan bapa mereka semasa hayat memudahkan mereka untuk di angkat sebagai pemimpin.Apakah orang lain tidak layak atau tidak mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang berkualiti?Haruskah budi bapa mereka menjadi KPI kesinambungan anak mereka?Mungkinkah disebabkan kekayaan yang diwarisi kepada anak menyebabkan masyarakat terus menyokong dan mengangkat anak pula. Ahmadenejad president Iran yang lahir dari keluarga yang biasa.Beliau memimpin Iran dengan sifat sederhana.Apakah di negara kita ini bakal menemui pemimpin seperti Ahmadenejad jika kepimpinan terus menerus menjadi turun-temurun?Fikir-fikirkan lah semoga akan lahir seorang peminpin yang adil dan ikhlas di negara kita.Elak kroni menguasai kekayaan negara....
Friday, January 28, 2011
Thursday, January 6, 2011
5 Tip penting untuk PRU13...
2011 sudah bersama kita.Apa akan berlaku sepanjang tahun ini?Adakah anda pernah terfikir?tsunamai,gempa bumi,kejatuhan ekonomi,kejatuhan parti pemerintah,kejatuhan parti pembangkang, dan apa saja yang isu.Ada yang mampu kita jangkakan dan ada yang tidak mampu kita jangka.Kita tetap tidak boleh melawan takdir malah kita juga tidak boleh menetapkan takdir kerana Allah s.w.t sahaja yang berkuasa ke atas apa yang dikehendaki.Dalam tahun 2011 ini apa-apa pun bakal berlaku.Samada kita sudah terfikir atau pun belum sesuatu itu akan berlaku juga.Bagi rakyat Malaysia ada yang mengatakan pilihan raya umum akan berlaku.Banyak petanda yang menunjukkan PRU ke 13 pada tahun ini.Tidak kira apa pun berlaku rakyat perlu bijak memilih pemimpin negara.Oleh itu,Aku dan Akal ingin memberi beberapa pandangan yang boleh dijadikan rujukan untuk memilih wakil rakyat.Antaranya:
1)Merujuk dari golongan terpelajar.
kita perlu merujuk dari golongan seperti alim ulamak,cikgu,pensyarah,pelajar, dan dari kalangan mereka yang berkerjaya.Golongan ini mempunyai pemikiran yang lebih luas kerana mereka terdedah dengan informasi luaran.Pemikiran mereka juga mampu melihat dan menjangkakan sesuatu perkara dengan berpandukan fakta.Oleh itu,setiap dari kita perlu melihat kecenderungan mereka dan pengukur peratusan mereka menentang atau menyokong tidak kira kerajaan mahupun pembangkang.
2)Mengukur tahap kehidupan.
Kehidupan kearah lebih baik atau pun bertambah rumit.Sesebuah negara kaya tidak semestinya rakyatnya juga kaya.Berdiri bangunan berbilang tingkat sekalipun belum tentu dapat taraf kehidupan rakyat juga akan meningkat.Jika status negara bertukar dari miskin kepada kaya kehidupan rakyat belum tentu senang.Pertukaran status negara yang tidak selari dengan kehidupan realiti rakyat akan memberi tekanan yang lebih mencabar.Rakyat Jepun telah menolak parti merintah selama 50 tahun walaupun negara telah mencapai tahap negara maju atas usaha parti pemerintah.Ini menunjukan rakyatya mereka berasa tertekan dalam kemajuan.Oleh itu,kita perlu mengukur tahap kehidupan kita untuk masa hadapan samada selesa dalam tekanan atau mahu keluar dari tekanan hidup.
3)Mengembalikan hak.
Dalam pemerintahan yang terlalu lama hak-hak rakyat mungkin terhakis.Jika negara semakin maju sumber pendapatan semakin banyak sepatutnya hak-hak rakyat akan bertambah.Namun jika sebaliknya berlaku pemerintahan perlu ditukar untuk menuntut hak rakyat di bawah kepimpinan baru.Jika ada hak yang kita perlu tuntut dan pertahankan kita perlu bertegas demi masa depan kita.Oleh itu,kita perlu tahu apa hak kita sebagai rakyat.
4)Menukar sistem.
Sistem yang rosak perlu dibaiki tapi kalau tidak dapat dibaiki kita perlu tukar sepenuhnya.Begitu juga dalam sistem berkerajaan.Bila kita rasa mereka telah rosak maka satu sistem baru perlu untuk menyelamatkan negara.Oleh itu,kita perlu berani untuk menukar mereka yang menjalankan sistem yang rosak bagi memastikan mereka yang amanah dan ikhlas serta adil membawa sistem yang baru dan selamat.
5)Menyelamatkan agama,bangsa dan negara.
Jika kita berasa ingin menyelamatkan negara dari terus dirosakkan satu usaha bersama-sama perlu disepakatkan.Kepentingan negara untuk masa depan perlu dihunuskan ke arah yang lebih baik dari hari ini.Ini bagi memastikan apa yang berlaku hari ini tidak berlaku di masa akan datang.Kepimpinan yang lebih berkualiti mampu menyelamatkan negara dari terus di kaut keuntungan tanpa mempedulikan kehidupan rakyat.Oleh itu,jika anda rasa negara perlu di selamatkan lakukan semasa pilihan raya umum kerana ianya lebih selamat untuk semua.

Selamat tahun baru Hijrah 1432 dan tahun baru Masihi 2011
Sejarah telah berlaku sepanjang tahun lepas tidak kira apa perkara sekali pun.Setiap perkara akan menjadi sejarah bila ianya sudah berlaku.Oleh itu, yang buruk dijadikan pengajaran dan yang baik dijadikan rujukan untuk membangunkan sistem kehidupan samada dari segi agama,ekonomi,sosial, dan sebagainya. Sejarah juga menjadi satu pengalaman buat kita memperbaiki sistem kehidupan untuk ke arah lebih baik.Samada berlaku ke atas individu ataupun secara umum ianya tetap boleh digunakan untuk semua.Kita juga boleh berkongsi pengalaman kita tentang apa yang telah kita alami dan kita juga boleh menerima pengalaman orang lain untuk di aplikasikan pada diri kita.Walaupun pengalaman itu tidak pernah kita alami.Justeru itu,berkongsilah sebagai ilmu dalam dalam setiap pengalaman kepada orang lain dan terimalah pengalaman orang lain sebagai satu ilmu untuk kita.
Subscribe to:
Comments (Atom)