Tuesday, August 24, 2010

Nasib cinta ku...

Assalamualaikum kepada pembaca semua.Hari ini saya ingin menulis sebuah kisah peribadi saya yang tidak pernah saya kongsikan.Ini adalah merupakan sebuah kisah cinta yang pernah saya alami.Kisah pertama saya bermula di alam universiti.Saya mengenali si dia semasa kami sama-sama belajar di sebuah cawangan Uitm.Saya agak tertarik pada peribadi si dia yang sungguh memikat hati saya.Walaubagaimana pun saya menghadapi masalah untuk memikat hati si dia selain perlu menghadapi pesaing yang jauh lebih baik dari saya dalam semua perkara.Pertama kali saya meluahkan isi hati pada si dia telah membuatkan keadaan menjadi lebih rumit kerana sejak dari itu si dia berusaha untuk mengelak berjumpa saya.Pernah sekali si dia membuang hadiah yang saya beri di depan rakan-rakan saya.Dengan kesabaran dan pemikiran yang positif saya tidak berdemdam terhadap apa yang dia lakukan itu.Detik hitam itu saya jadikan sebagai kekuatan untuk saya terus berusaha mengambil hati si dia walaupun dia sukar menerima saya.Terukan saya ni tapi itulah dugaan yang saya pernah alami.Kalau nak fikirkan maruah sudah semestinya saya akan menyimpan dendam tetapi saya berjaya kawal pemikiran saya untuk tidak bertindak balas dari apa yang dia lakukan.Untuk pengetahuan,saya dan si dia tidak pernah ada pengalaman bercinta sebelum ini.Sejak dari itu si dia lebih rapat dengan rakan sekelas kami dan lelaki itu juga mempunyai perasaan cinta terhadap si dia.Saya juga pernah mengajak si dia untuk keluar makan namum si dia menolak dengan mengatakan tidak mahu keluar tetapi selepas itu saya terserempak dengan si dia yang keluar dengan lelaki itu serta kawan perempuan yang rapat dengan dia dan lelaki itu.Perasaan saya pada ketika itu amat sedih sekali.Apapun saya tetap sabar dan kuat menghadapinya.Walaubagaimanapun saya tetap mahu berusaha memilikinya.Itulah impian saya dan saya sentiasa berusaha sejak dari itu.(Bersambung)

1 comment:

  1. dari pengalaman la,banyak mengajar kiter lbh pandai menilai seseorg...

    ReplyDelete