Monday, May 6, 2013

PR salah strategi @ BN strateginya berjaya?

PRU13 pada 5 Mei 2013 baru sahaja berlalu dengan keputusan penuh memihak kepada Barisan Nasional(BN).Impian Pakatan Rakyat(PR) untuk merampas Putrajaya tidak kesampaian namun mereka tetap berjaya menidakan keputusan 2/3 BN di parlimen.

Melihat kepada sorotan keputusan penuh PRU13 kali ini mendapati ada persoalan yang perlu di jawab oleh kedua-dua pihak.Persoalannya ialah berkenaan strategi masing-masing dalam memenangi hati para pengundi.

Sokongan rakyat kepada PR sebelum PRU13 amat hebat berdasarkan bilangan rakyat yang mengunjungi pentas ceramah dan demonstrasi yang dianjurkan.Keadaan ini telah menyebabkan BN merasai tekanan apabila melihat rakyat menunjukan kecenderongan sokongan kepada PR.

Dalam keadaan ini BN dilihat terpaksa menabur "gula-gula" kepada rakyat dengan pelbagai inisiatif yang agak menguntungkan rakyat untuk jangkamasa pendek.Ini adalah merupakan senjata biasa bagi BN untuk "mendiamkan" rakyat.

Melihat kepada sambutan dari rakyat sebelum hari pengundian, keyakinan PR untuk menggapai impian bertambah tinggi berdasarkan kunjungan rakyat ke pentas ceramah dan "dijalanan".

Senario ini tetap sama sebagaimana PRU sebelum ini dan ianya bagaikan "menang sorak kerusi tergadai".Ukuran dari padangan kasar sebegini sentiasa meleset namun PR tetap menjadikanya ukuran untuk menjulang kemenangan.

Ukuran sebegini kebiasaanya adalah tepat sebagaimana yang berlaku di Mesir,Syria,Filipina dan beberapa buah negara lagi.Namun tidak di Malaysia ini.Apa sebenarnya yang berlaku tiada siapa pun tahu buat masa ini.

Antara strategi PR ialah dengan mengenengahkan isu negara dengan membuat pendedahan kepada rakyat melalui pentas ceramah dan media online.Terdapat kes rasuah dan salah guna kuasa berprofail tinggi yang melibatkan pemimpin kerajaan didedahkan oleh PR kepada rakyat.

Dengan pendedahan demi pendedahan yang dibuat,BN dilihat terdesak dan gagal menjawabnya malah cuba "menghayalkan" rakyat dengan menabur wang.Strategi ini digunakan untuk mengendurkan amarah rakyat terutama pengundi atas pagar.Ungkapan Tun Mahathir tentang "Melayu mudah lupa" ternyata benar namun tidak bagi pengundi Cina.

PR juga ternyata hanyut sehingga terlupa untuk mengarahkan wakil-wakilnya mengawasi peti undi dengan lebih cermat walaupun mereka tahu kemungkinan besar tektik kotor akan berlaku.

Faktor calon juga merupakan salah satu strategi kedua-dua belah pihak.Dengan memindahkan calon yang boleh menang di laman sendiri merupakan langkah yang sangat bahaya.Ini terjadi kepada Pas apabila nama-nama besar mereka kecundang di tempat baru.



Salah perkiraan tukar strategi InsyAllah.....