Thursday, February 7, 2013

Mimpi 56 tahun..



Sejarah 56 tahun di bawah pemerintahan UMNO/BN telah lama orang sebelum kita lihat dan kini kita juga telah melihatnya sendiri.Namun itu,sejarah yang mereka pahat itu semakin lama semakin mengarut.Mereka mencanangkan merekalah jaguh kemerdekaan sebenar walhal mereka hanyalah penumpang titisan darah pejuang sebelum mereka.Mereka kata mereka membangunkan negara walhal rakyat di bawah bangunan sensara.

Selama mereka memerintah negara ini dengan penuh selesa rakyat sentiasa dihambat bebanan hidup.Ya! negara kita aman makmur tapi Singapura,Brunie juga aman makmur.Jika negara dalam keadaan sejahtera bukankah masa itu sangat2 sesuai untuk sesebuah negara memberi sesuatu yang lebih baik?

Mereka bijak meracuni fikiran rakyat sebelum ini dengan hanya bersandarkan kepada kemakmuran negara tetapi itu dulu.Dulu kita sentiasa di tipu malah mudah di tipu oleh mereka untuk menutup kegiatan mereka tetapi ruang maklumat kita pada masa tu sangat terbatas.lihatah kekayaan mereka dan keluarga mereka sekarang ini.Apa yang kita tak mampu miliki, mereka dah lama milikinya dan kita hanya mampu milihat kemewahan mereka.

Sanggupkah anda memberi peluang 56tahun lagi kepada mereka?Jika anda sanggup teruskan mengundi mereka tetapi jika anda sudah tak sanggup, lakukan perubahan untuk mencipta sejarah ini bersama2.Kita sama2 saksikan sejarah ini dengan mata kepala kita sendiri.

Dulu apa mereka salurkan dalam berita keluaran mereka kita akan terus percaya namun sejak berlaku revolusi penyampaian maklumat baru kita tahu cerita disebalik "tabir" mereka.Kita lihat bangunan tinggi kita akan rasa bangga.Kita lihat keamanan negara, kita rasa selesa dengan cara mereka memerintah.Itulah "tabir" mereka yang menyebabkan kita kabur kegiatan sebenar mereka.

Kita bersusah payah untuk mendapatkan apa yang dihajati tetapi mereka tidak pernah berasa susah seperti kita.Anak2 dan kroni mereka dapat projek berjuta2 kita pula terkial2 bertanding tender.Selama 56 tahun kita "terbuai disebalik tabir" mereka rakus mengambil peluang.

Dalam mimpi selama 56 tahun kita dihanyutkan tatapan pembangunan yang hanya mampu kita tengok sambil berkata "aku bangga melihat pembangunan negara" "keamanan negara berbilang bangsa" tetapi himpitan hidup beransur menekan kita saat kita bermimpi dalam lena yang direka.

Nah!Sekarang ini kita telah terjaga dari lena mimpi indah dengan melihat pada diri apa yang kita miliki.Hakikatnya 56 tahun sudah berlalu kini baru kita beransur sedar betapa tekanan dalam hidup realitinya sentiasa menekan.Harga rumah,barang2 harian,keperluan asas semakin meningkat adakah kita mahu menambah keperitan itu 5-10 tahun lagi?

Mereka juga sedar kita telah terjaga dari buaian mereka lantaran itu mereka mencari jalan untuk melenakan kita semula dengan dengan wang.Mereka ingin mendodoi kita dengan lagu baru "Janji Ditepati" "kerajaan prihatin".Sejarah sudah mula tercipta apabila dalam tempoh 56 tahun pemberian tunai kepada rakyat melambangkan mereka khuatir kita telah sedar sepenuhnya.

Jangan kita berasa untung dengan pemberian ini kerana mereka bukan mahu membantu kita tapi mereka menagih bantuan dari kita untuk kekal berkuasa.Dikesempatan itu "tabir" yang mereka bina akan sentiasa tertutup rapi.

Kepada pengundi terutama pengundi atas pagar kami mohon bantuan dari anda semua untuk memilih calon dari parti PAS,PKR dan DAP dalam PRU13 nanti.Undi anda sangat2 bermakna untuk mencipta sejarah baru di tanah air tercinta.Selagi masih ada hanyat saya,rakan2 saya dan anda masih mampu melihat sejarah baru itu.