Sunday, October 14, 2012

Taman Rekreasi Tengku Anis Kota Bharu Kelantan

Kehijaun di taman ini akan membuatkan anda merasai keindahan lanskapnya.
 Bersantai bersama keluarga cukup sesuai kerana persekitaranya yang bersih.
 Laluan pejalan kaki dan berjogging yang cukup selesa.
 Susur gajah yang dibumbungi dengan tumbuhan menjalar.
Padang yang sesuai untuk kanak-kanak bermain..



 Pondok rehat yang kreatif..
 Seni bina yang bercirikan masyarakat setempat.
 Ruang yang digunakan sebaik mungkinuntuk keselesaan pengunjung.
 Labu sayung menjadi tarikan kepada pengunjung untuk bergambar kenangan.

 Taman air untuk kanak turut disediakan.Caj sebanyak RM2 seorang untuk sekali masuk.

Ruang meletak kenderaan yang cukup luas..

Wednesday, October 10, 2012

Tempat makan sohor(popular) di Kelantan

Warung Pak Mat yang terletak di Kampung Pulau Pisang(Kedai Buluh) cukup terkenal dikalangan penjawat awam dan swasta.

Walaupun terletak di ceruk sebuah kampung warung ini tetap menjadi salah sebuah kedai makan yang diminati orang ramai.

Waktu operasi bermula pada pukul 8-3 petang.Menurut Pak Mat kebiasaanya lauk akan habis awal.


 Warung ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari ahad.Pemandangan di hadapan warung Pak Mat.
Sambil menikmati hidangan keindahan kawasan perkampung mendatangkan ketenangan.
 Antara hidangan popular di warung Pak Mat.Nasi ikan Tenggiri gulai kuning.
 Sup ikan merupakan kegemaran pengunjung di sini.Ikan Tenggiri dan ikan Merah menjadi pilihan ramai.
Teh Ais Madu merupakan minuman special yang tiada ditempat lain.

Dewan serba canggih di Kelantan

Dewan Auditorium yang mampu menampung lebih dari 800 orang.
 Tempat duduk yang disusun seperti stadium cukup selesa untuk para penonton.
 Tempat duduk VIP turut disediakan.
 Susunan kerusi penonton yang kemas dan teratur rapi.
 Ruang anak tangga yang selesa didalam dewan.
 Sistem lampu yang menarik didalam dewan.
Ruang pentas yang luas sesuai untuk persembahan dan majlis keraian yang besar.
 Ruang santai diluar dewan
 Tangga sebelah kanan untuk menuju ke dewan auditorium.
 Lobi dibawah dewan yang kemas dan teratur.

 Dewan makan yang terletak dibawah dewan auditorium yang mampu menampung 20 biji meja bulat untuk 10-12 orang.
 Ruang lobi yang luar sesuai untuk majlis yang besar.
 Tangga sebelah kiri untuk menuju ke dewan auditorium.

 Seni bina yang cukup menyerlahkan budaya rakyat Kelantan
 Sistem jalan keluar masuk ke dewan yang lebar dan teratur.
 Pandangan hadapan untuk menuju ke lobi dewan.
 Tempat duduk bagi pentas terbuka yang berada berdekatan dewan auditorium.
pentas terbuka yang ada di komplek kebudayaan Kelantan.
 Tempat pejalan kaki yang indah
 Pentas terbuka ini dilengkapi dengan sistem pencahayaan lampu spotlight jika majlis diadakan pada waktu malam.
 Lanskap yang menarik
 Seni bina bercirikan masyarakat Kelantan.
 Keselesaan ruang parking kenderaan.
Bangunan dewan auditorium yang indah.

  Bangunan pentadbiran Jabatan kebudayaan Kelantan.
Pintu gerbang Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara cawangan Kelantan.Orang ramai,jabatan kerajaan atau syarikat swasta boleh menempah dewan auditorium untuk mengadakan majlis keraian atau persembahan.

Terletak di Tanjung Chat berhadapan taman rekreasi Tengku Anis.Kemudahan disini serba lengkap bagi keperluan penyewa.