![]() |
| Wakil pemasaran |
![]() |
| Wakil pemasaran |
di Malaysia.Walaupun telah menjadi
wakil pemasaran kepada syarikat telekomunikasi yang sah beliau tetap aktif
dengan produk insurannya.
Seorang lagi rakan baik Amri yang dikenali sebagai Razali berumur 38 tahun berasal dari Kelatan juga masih bujang mengambil peluang menjadi wakil pemasaran syarikat produk Telekomunikasi.Sebelum menceburi bidang ini beliau pernah menjadi guru sandaran di sebuah sekolah selama 2 tahun.Mempunyai kelulusan Higher Diploma dalam bidang elektronik ini pernah bekerja di sebuah syarikat elekronik.Beliau lebih gemar untuk bekerja sendiri tanpa ada pengawasan dari orang lain.Inilah yang membuatkan beliau begitu fokus dengan kerjaya sebagai agen pemasaran.
Menurut Amri pengalaman beliau dalam bidang pemasaran ini agak mencabar kerana berdepan pelbagai karenah pelanggan.Selain itu, pandangan masyarakat juga kadang kala mencabar mereka membuat promosi.Masyarakat selalunya menganggap mereka sebagai agen jualan lansung lantas kedatangan mereka tidak disenangi oleh masyarakat.Selalunya promosi dari rumah ke rumah atau pejabat ke pejabat lebih berhasil tetapi mengikut keadaan dan waktu tertentu kerana terdapat waktu tertentu yang sesuai untuk berkunjung ke rumah atau pejabat.Selain cabaran itu mereka juga berdepan cabaran luaran apabila kawasan tertentu tiada perkhidmatan disebabkan kecurian talian telefon.Inilah situasi yang terpaksa mereka lalui dalam mencari rezeki sebagai agen jualan.
Bagi mereka, bantuan dari syarikat amat diperlukan bagi membantu
meringankan kos mereka serta beberapa kemudahan perlu disediakan bagi memudahkan mereka mencari pelanggan.Sebagai "independent" agen pemasaran yang tidak bersyarikat mereka tidak mempunyai logistik yang cukup untuk tujuan promosi.Apa yang diharapkan syarikat telekominikasi mengeluarkan satu inisiatif untuk tujuan membantu mereka yang telah lama membantu syarikat mencapai target dan seolah-olah agen ini adalah sebagai orang yang mencari hasil untuk membayar gaji staf syarikat.Dengan ini syarikat perlu melihat kepentingan ini demi masa depan syarikat.Kata mereka,"kami bekerja tanpa ada sebarang perlindungan dan perlu menanggung risiko sendiri jika menghadapi musibah semasa menjalankan promosi.
Mereka juga mencadangkan persatuan agen perlu diwujud sebagamana wujudnya persatuan pekerja yang akan menjadi jururunding anatara pekerja dengan majikan.Begitu juga halnya bagi mereka yang memerlukan persatuan bagi tujuan rundingan dengan syarikat terbabit.Ini untuk memastikan situasi menang-menang dapat duwujudkan.Selain itu mereka mencadangkan agar perlindungan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) diwujudkan untuk mereka dengan menetapkan kadar yang berpatutan.Menurut mereka lagi pendapatan mereka kadang kali lumayan berbanding mereka yang bekerja tetapi tidak menentu dan bergantung kepada keadaan pasaran dan juga situasi ekonomi negara.Jika ini dapat direalisasikan nescaya kebajikan mereka dihari tua terbela.Dengan diakhiri satu ayat yang cukup menyentuh perasaan iaitu..."Jangan lupakan kami yang juga menyumbang kepada pendapatan negara".




